Victoria Nafi Buka Agensi Modeling - Berita Hiburan | mStar

Victoria Nafi Buka Agensi Modeling

Diterbitkan: Sabtu, 14 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Victoria Beckham menyaksikan perlawanan antara The Los Angeles Lakers dan The Dallas Mavericks di Staples Center, pada 30 Oktober 2009. -Foto AFP
Victoria Beckham menyaksikan perlawanan antara The Los Angeles Lakers dan The Dallas Mavericks di Staples Center, pada 30 Oktober 2009. -Foto AFP

VICTORIA Beckham menafikan khabar angin yang mengatakan dia bakal menubuhkan agensi modeling di New York dan menegaskan bahawa dia terlalu sibuk dengan karier barunya sebagai pereka fesyen.

Bekas anggota Spice Girls ini dikatakan telah bergabung dengan bekas pengurusnya, Simon Fuller untuk mencari bakat-bakat baru sebagai model di New York.

Namun, Beckham menafikan tentang perkara tersebut dan berkata, dia mempunyai banyak perkara lain untuk dibuat.

"Cerita itu tidak benar. Victoria sedang memberikan tumpuan terhadap jenama fesyennya dan keluarga," kata jurucakap selebriti itu.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan