Penganjur RTW9 Jamin Tiada Insiden Buka Baju

Diterbitkan: Jumaat, 13 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Antara lebih 60 band yang akan mengadakan persembahan di pentas Hypptunes Rock The World 9 di Sunway Lagoon pada 19 Disember ini. -foto The Star oleh S.S KANESAN
Antara lebih 60 band yang akan mengadakan persembahan di pentas Hypptunes Rock The World 9 di Sunway Lagoon pada 19 Disember ini. -foto The Star oleh S.S KANESAN

TAHUN lalu, insiden buka baju menjadi kontroversi konsert Rock The World (RTW) 8 gara-gara vokalis OAG, Mohd. Radhi Razali membuka baju sehingga memaparkan bahagian depan badannya, dan bersongkok pada konsert rock yang berlangsung di Secret Garden, Stadium Merdeka itu.

Insiden seperti ini bagaikan mengulang sejarah penyanyi Faizal Tahir yang membuka baju semasa membuat persembahan pada konsert ulang tahun keempat 8TV di Central Park Avenue, Bandar Utama pada awal tahun 2008.

Malah, Faizal juga telah dijatuhkan hukuman iaitu ‘direhatkan’ dari industri seni selama enam bulan.

Namun, nampaknya hukuman itu langsung tidak meninggalkan kesan kepada Radhi. Begitu juga dengan pihak penganjur RTW8, Fat Boys Records Sdn. Bhd. yang didakwa hanya diam membisu saat meminta penjelasan berhubung isu itu.

Pada 19 Disember ini, Fat Boys Records sekali lagi akan mengadakan konsert tahunan itu buat kali kesembilan (Hypptunes Rock The World 9) di Sunway Lagoon, Petaling Jaya.

Ada yang meramalkan insiden buka baju pasti berlaku memandangkan lokasinya yang basah itu bakal mengundang lebih banyak kontroversi lain.

“Kita menyediakan tiga pentas iaitu di surf beach (pentas utama), elephant walk (pentas ‘chill out’) dan amptheatre (pentas indie) semasa konsert itu.

“Jadi, di kalangan penonton itu pasti ada yang basah. Insiden buka baju di kalangan pemuzik sebelum ini sukar dielakkan kerana terlalu ‘berkhayal’ sewaktu bermain muzik,” ulas Ketua Pegawai Eksekutif Fat Boys Records, Mohamed Zahid Yon ketika sidang media RTW9 di Sunway Lagoon, Selasa lalu.

Lebih 60 band akan dibahagikan kepada tiga pentas itu seperti yang dilakukan tiga tahun lalu di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Pentas utama akan dipersembahkan oleh Love Me Butch, Pop Shuvit, Bunkface, Pesawat, Disagree, Zee Avi, Saturnine, Bittersweet, Blind Tribe, John’s Mistress, The Times, Seven Collar T-Shirt, Republic Of Brickfields, Restraint, Meet Uncle Hussain, Azlan & The Typewriter, Bleeding Mascara, Monoloque, Kugiran Di Tepi Pantai, dan Uzumaki.

Sementara pentas indie pula akan diambil alih oleh Brainhead, Car Crash Hearts, Joanna & Co., Pretty Ugly, Skudap Skudip, Auburn, The Otherside Orchestra, Labrat, Couple, Forty Winks, Free Love, Y2K, Stonebay, Sam Kuman, Second Combat, Evenstarr, Robot Asmara, dan Aku.

Pentas ‘chill out’ akan dikuasai oleh Rashdan Harith, Liyana Fizi, Lurks, Otam, Mohd Jayzuan, Azmyl Yunor, Karen Nunis Blackstone, Bo, Sharidir & Nizam P dan Rendra Zawawi.

Namun begitu, vokalis kumpulan Disagree ini berkata dia dan ‘team’ konsert itu akan memastikan tiada insiden buka baju lagi.

“Setiap konsert ada risikonya dan sebagai penganjur kami akan sentiasa bersedia untuk menghadapi setiap perkara yang akan berlaku.

“Mengenai insiden buka baju, kami belajar dari kesilapan. Setiap kali mengadakan konsert, kami ada menetapkan garis panduan dan memberikan taklimat sebanyak tiga hingga empat kali.

“Kami juga terpaksa bersedia dengan lebih terperinci. Dulu mungkin kami terkejut tetapi kali ini kami sudah tiada pilihan selain menyediakan ‘bouncer’ untuk menarik penyanyi yang membuat hal itu,” katanya lagi.

Menyentuh tentang pemilihan lokasi Sunway Lagoon yang pertama kali diadakan itu, Zahid berkata persekitaran yang berbeza, menyeronokkan dan selesa.

“Setiap tahun kita cuba mencipta kelainan dengan sesuatu yang segar dan semua orang boleh ‘joint’ di sini. Mereka juga boleh datang dengan berpakaian santai dan berselipar bagi menepati tema ‘beach’, ‘surf’, ‘fun’ dan ‘rock & roll’,” tuturnya yang mensasarkan 12,000 penonton di konsert itu.

Selain itu, konsert yang mewah dengan penaja termasuk Telekom Malaysia Berhad (TM) selaku penaja utama itu turut menganjurkan siri jelajah di seluruh negara untuk mencari bakat tempatan yang belum terserlah dalam pertandingan muzik kugiran ‘Bandsearch’.

Pemenang dari setiap lokasi akan diberi peluang untuk mempersembahkan muzik mereka di konsert Hyootunes Rock The World 9. Siri jelajah tersebut akan berlangsung di lokasi-lokasi terpilih pada tarikh berikut:

Sabtu, 21 November- Aloha Bistro, Melaka

Ahad, 22 November- CT Cafe, Johor Bahru

Sabtu, 28 November- QE2, Pulau Pinang

Ahad, 29 November- Houz, Ipoh

Sabtu, 5 Disember- Laundry, Petaling Jaya

Ahad, 6 Disember- Cloth & Clef, Kuala Lumpur

Untuk mendaftarkan diri bagi menyertai pertandingan ‘Bandsearch’, para peserta perlu melayari www.hypptunes.com.my atau www.rocktheworld.com.my dan hantar rakaman demo kugiran mereka.

“Kami akan memilih satu hingga dua band di setiap lokasi untuk membuat persembahan di pentas konsert itu nanti,” kata Zahid lagi.

Tiket berharga RM25 bolehlah didapati di kedai Music Valley, Rock Corner, Extreme dan Sunway Lagoon.

Saksikan Hypptunes Rock The World 9 di Sunway Lagoon, pada 19 Disember ini, mulai pukul 10 pagi.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan