MJ Boleh 'Dihidupkan' Kembali Dengan Kaedah Imbasan 3D

Diterbitkan: Jumaat, 13 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Michael Jackson beraksi semasa konsert
Michael Jackson beraksi semasa konsert "Dangerous" di Bangkok pada 25 Ogos 1993. -Foto AP

'RAJA' Pop Michael Jackson (MJ) boleh 'dihidupkan kembali dengan menggunakan kaedah imbasan 3D yang pernah dilakukan olehnya 13 tahun dulu dalam usaha mencipta sebuah robot kembarnya.

Menurut saintis, imej yang mengerikan ini, ditemui setelah tuan punya hakmilik robot ini ingin menjual robot itu dengan harga 1 juta pound.

Dengan kaedah ini, Michael Jackso, dapat dijelmakan kembali dalam video muzik, mainan komputer dan filem.

Pemilik imbasan 3D ini, seorang usahawan berbangsa Amerika, yang tidak mahu dikenali.

MJ, katanya, telah memberi beberapa pos bagi tujuan imej imbasan 3D ini pada 1996.

"Semua data ada di dalam simpanan kami sejak dari tahun itu," kata usahawan itu.

"Data yang ada itu membuat MJ seolah-olah hidup kembali dan akan terus menjadi ikon. MJ akan kelihatan seperti diawetkan pada usia 37 tahun sebelum bentuk hidungnya menjadi lain dan dia berada di saat kemuncak kariernya."

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan