Kakak Tua: Yang Menonton 'Cuci The Musical' - Tidak Kenal Pipit, Tidak Kenal Enggang!

Diterbitkan: Jumaat, 13 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

RASANYA tidak salah kalau teater 'Cuci The Musical' yang baru selesai pementasannya diangkat sebagai teater terbaik tahun ini. Malah ada yang menganggap ianya setanding atau lebih baik dari Puteri Gunung Ledang (PGL).

Memang ramai yang memuji dan hampir tiada kedengaran yang tidak suka. Naskah Cuci di bawah pengarah Datuk Zahim Albakri dan Harith Iskandar cukup menghiburkan.

Penceritaannya cukup ringkas dan tidak berbelit-belit. Ianya berkisar 4 beradik Khai, Jojo, C'tan dan Fairil dan bagaimana mereka menggapai impian untuk mencuci bangunan pencakar langit di KLCC. Itu saja.

Namun cara teater ini disulam dengan lagu, elemen separuh dramatik dan sub-plot membuat hampir setiap adegan tidak menjemukan.

Wajar sekali mereka yang datang sekali, asyik berulang ke Istana Budaya untuk menyaksikan Cuci The Musical lagi. Bagi Kakak Tua rencah yang dimasukkan dalam teater ringan ini cukup tinggi nilai komersialnya, sarat dengan humor dari mula hingga habis.

Walaupun ianya diangkat dari filem Cuci, teater Cuci The Musical jauh lebih baik dari filem. Pembikinan teater ini dan pendukung watak dalam teater ini adalah team yang TAHU kerja mereka.

Kesungguhan yang ditunjukkan oleh team Cuci juga dikagumi. Penat macam mana pun, saban malam selama dua minggu tanpa henti, hasil yang ditunjukkan senantiasa hebat.

Malah 'standing ovation' yang diberi bagai pembakar semangat untuk beraksi dengan lebih hebat di malam-malam berikutnya.

Yang lebih mengujakan Kakak Tua bila melihat penonton yang datang berduyun-duyun, tidak kenal pipit tidak kenal enggang. Semua bangsa pun dapat menghayati naskah Cuci ini.

Kalau ada selebriti lain sebelum ini yang berkata 'mereka profesional', rasanya apa yang dipaparkan oleh team Cuci menjangkau semua itu. Semangat profesionalisma yang ditunjuk oleh setiap orang, terutama 4 aktor yang membawa karektor utama, sungguh mengagumkan.

Walau pihak media 'usik-usik' manja cerita sampingan mengenai Awie, Hans dan AC Mizal, semua itu langsung tidak menjejaskan persembahan mereka pada malam persembahan.

Dan ketika tirai dilabuhkan pada persembahan terakhir matinee hari Ahad lalu, Awie, Hans, AC Mizal dan Afdlin Shauki benar-benar menitiskan airmata. Agak sukar diselami kenapa mereka menangis. Yang pasti, itu bukan satu lakonan.

Mungkin mereka lega kerana 'terlepas' dari belenggu selama 2 minggu atau terharu dengan sambutan peminat teater.

Kemunculan 4 sahabat ini akan senantisa dinanti-nantikan kerana gabungan mereka terlalu 'real'.

Gandingan ini memberi impian baru kepada pentas teater Melayu dan semua aktor berbakat besar ini tidak terikat dengan skrip. Banyak kali, skrip yang dihasilkan mereka secara 'ad lib' dalam beberapa adegan, lebih bagus dari skrip sebenar.

Penghayatan 'budak-budak Cuci' berjaya menembus segala prejudis tentang teater Melayu. Mereka menunjukkan cara terbaik bagaimana memberi wadah hiburan. Mungkinkah ada sambungan teater 'Cuci The Musical-Part 2' pada tahun depan?

KAKAK TUA: Menghayati setiap adegan 'Cuci the Musical'

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan