Filem Karaoke Pasti Lain Daripada Lain

Diterbitkan: Khamis, 12 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Shanon Shah dan Chris Chong berkata komunikasi diantara pengarah dan penulis skrip penting untuk menghasilkan sesebuah filem.-Foto THE STAR Oleh ONG SOON HIN
Shanon Shah dan Chris Chong berkata komunikasi diantara pengarah dan penulis skrip penting untuk menghasilkan sesebuah filem.-Foto THE STAR Oleh ONG SOON HIN

FILEM Karaoke yang hanya akan ditayangkan di pawagam Golden Screen Cinemas(GSC) Mid Valley pada 26 November ini, merupakan satu filem yang lain daripada lain.

Pengarah filem tersebut Chris Chong berkata, industri perfileman bukan sahaja satu medium untuk menjana wang tetapi juga sebuah medium untuk menonjolkan kreativiti pengarah terbabit.

“Penonton terutamanya golongan remaja kini ingin melihat kelainan dalam sesebuah filem. Saya ingin mengetengahkan kelainan itu tanpa mengikut formula tertentu,” jelas Chris dalam satu temu bual bersamanya di Kuala Lumpur semalam.

Filem Karaoke telah ditayangkan di ‘Cannes Filem Festival di Perancis, ‘Torronto International Filem Festival’ dan telah menggondol anugerah ‘Mavericks Prize Best Film’ di ‘2009 Calgary International Film Festival’ di Kanada.

Filem Karaoke dibarisi pelakon-pelakon baru antaranya Zahiril Adzim @Bob, Mislina Mustaffa, Mohd Hariry, Amerul Affendi dan Nadiya Nissa.

Walaupun ini adalah filem pertama untuk Chris, beliau pernah menghasilkan lapan filem pendek sebelum ini dan tiga daripadanya telah memenangi beberapa anugerah antarabangsa.

“Terdapat banyak perbezaan antara menghasilkan sebuah filem dan sebuah filem pendek. Filem adalah seperti sebuah novel yang melibatkan banyak penulisan dan kerjasama banyak pihak manakala filem pendek bagaikan sebuah cerpen,” kata pengarah muda itu.

Karaoke mengisahkan seorang anak kampung bernama Betik yang kembali semula ke kampung halamannnya setelah berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mengubah dirinya.

Akan tetapi dia tidak dapat menerima hakikat apabila pembangunan mula mengambil tempat di kampungnya.

Dengan itu, Betik, dilakonkan oleh Zahril Adzim hidup dalam khayalan dan membayangkan hidupanya sama seperti dalam video muzik karaoke yang sering ditontonnya semasa kecil.

Sementara itu, terdapat enam buah lagu dalam filem ini.

Apabila ditanya,penyanyi dan penulis skrip, Shanon Shah berkata lagu-lagu dalam filem ini penting untuk menggambarkan situasi serta ‘feel’ sesuatu babak.

Shanon juga menulis enam buah lagu dalam filem ini dan ini merupakan kali pertama beliau menulis skrip untuk filem.

“Sejujurnya, memang senang bagi saya untuk menulis skrip untuk filem ini kerana jalan ceritanya memang ‘simple.’

“Chris mahukan penonton memahaminya situasi dalam filem itu tanpa dialog yang panjang.

“Lagu-lagu dalam filem ini membantu penonton memahami situasi sebenar dengan baik. Maklumlah memang tajuk filem ini pun Karaoke,” kata Shanon dengan nada bergurau.

Penulis skrip itu telah banyak membuat persediaan seperti melihat sendiri lokasi penggambaran, menganalisa apa yang diharapkan oleh penonton dalam sesebuah filem dengan banyak membaca dan sering berkomunikasi dengan pengarah filem untuk mengetahui apa sebenarnya yang ingin digambarkan menerusi filem Karaoke.

Selain itu, filem ini digambarkan di sebuah kampung di Ijok, Selangor. Kebanyakan daripada lokasi penggambaran disini juga merupakan kawasan yang biasa seperti jalan raya dan suasana kampung.

Menurut Chris lagi, mesej yang ingin sampaikan adalah mudah. Karaoke mengisahkan seorang pemuda yang ingin balik ke kampung.

“Saya yakin setiap orang akan memiliki persepsi yang berbeza apabila menonton filem ini. Tetapi apa yang yang saya harapkan adalah mereka boleh berhibur dan boleh menyanyi bersama apabila menontonnya kelak,” ujar pengarah Chris.

Beliau juga tidak menghadapi apa-apa masalah dengan semua pelakon-pelakon yang terlibat.

“Kesemuanya memberikan komitmen sepenuhnya sepanjang penggambaran. Walaupun ianya sukar sedikit untuk membimbing sesetengah pelakon filem ini untuk berlakon mengikut watak yang saya telah visualkan dalam minda saya, mereka dapat melakonkan watak-watak terbabit dengan baik," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan