Black Mentor Antara Vokalis MUH Di Pentas RTW9

Diterbitkan: Khamis, 12 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Meet Uncle Hussain merupakan antara 60 band yang akan membuat persembahan di konsert Rock The World 9 (RTW9) pada 19 Disember depan di Sunway Lagoon. -foto The Star oleh S.S.KANESAN
Meet Uncle Hussain merupakan antara 60 band yang akan membuat persembahan di konsert Rock The World 9 (RTW9) pada 19 Disember depan di Sunway Lagoon. -foto The Star oleh S.S.KANESAN

TIADA vokalis tetap bukan menjadi masalah buat band Meet Uncle Hussain (MUH) untuk beraksi di pentas Hypptunes Rock The World 9 (RTW9) yang akan berlangsung pada 19 Disember ini, pukul 10 pagi di Sunway Lagoon, Petaling Jaya.

Ini kerana mereka telah mempunyai penyanyi untuk menyanyikan lagu baru ciptaan salah seorang anggota MUH, Taja iaitu Black Mentor.

Lagu yang diberi judul ‘Drama King’ yang liriknya ditulis oleh Tun Teja itu telah pun diputarkan di stesen radio tempatan sejak tiga hari lalu.

Menurut band yang turut dianggotai oleh Afat dan Babab itu, setakat ini mereka bercadang untuk membawa Black menyanyikan lagu ‘Drama King’ di konsert itu.

Namun begitu, tidak bermakna Black akan dipilih untuk menyanyikan lagu-lagu MUH yang lain.

“Kami masih mencari vokalis tetap yang boleh menyanyikan lagu-lagu MUH. Setakat ini kita sudah fikirkan penyanyi yang akan menggantikan tempat Lan buat sementara waktu tetapi perlu dirahsiakan dulu.

“Mungkin kita akan tahu selepas kami membuat persembahan di konsert Hot FM Night Jam pada 12 Disember depan. Tetapi setakat ini kami sudah memilih Black untuk menyanyikan lagu ‘Drama King’ ciptaan Taja di konsert Rock The World 9 nanti,” kata pengurus MUH, Nafisah Mohamat Yusof Khir atau lebih dikenali sebagai Kimi.

Tambahnya, MUH berpuas hati dengan cara Black menyanyikan lagu ‘Drama King’, ‘dia mempunyai cara dan pembawakan tersendiri. Cuma dia boleh ‘improvised’ vokalnya lagi.’

Kimi juga berkata Konsert Hot FM Night Jam juga ibarat kemunculan semula MUH di pentas sejak ketiadaan vokalis asalnya, Lan yang kini telah menubuhkan band baru, Azlan & The Typewriter.

Bagi pencarian vokalis tetap, Kimi berkata MUH masih lagi menilai ‘demo’ dan profil dalam lebih 200 orang yang berminat.

“Kami sudah menerima banyak pelawaan mereka yang berminat untuk menjadi vokalis MUH, namun penyanyi itu perlua mempunyai identiti tersendiri.

“Setakat ini, kami sudah mempunyai dalam dua orang penyanyi yang belum dikenali yang berada dalam perhatian kami,” ulasnya lagi ketika di sidang media RTW9 di Sunway Lagoon semalam.

‘Kami profesional’

Semasa konsert RTW9 nanti, MUH akan berkongsi satu pentas dengan Azlan & The Typewriter termasuk 58 band lain seperti Bunkface, Pesawat, Pop Shuvit, Disagree dan Love Me Butch.

Sebelum ini, ada dakwaan mengatakan Lan keluar dari MUH kerana ingin menutup kontroversi akibat tiada persefahaman dengan anggota lain dan sering mengalami masalah disiplin.

Malah, kumpulan yang sepatutnya mempertaruhkan lagu mereka berjudul ”Pari-Pari Di Bawah Angin” hasil ciptaan dan lirik oleh Taja, Tassiq dan Lan itu memberi alasan tiada persefahaman antara mereka untuk meneruskan saingan dalam Muzik-Muzik Separuh Akhir lantas membuat keputusan untuk menarik diri.

Biarpun pelbagai isu dalaman yang timbul antara Lan dan MUH, Kimi menegaskan MUH tetap akan meneruskan penglibatan mereka dalam konsert RTW9 yang bakal menyatukan mereka dengan Azlan & The Typewriter.

“Kami (MUH dengan Lan) profesional apabila berjumpa dan bertegur sapa kerana tiada isu yang harus dibangkitkan lagi,” beritahunya.

Sementara itu, Lan yang sepatutnya mewakili Azlan & The Typewriter dilihat tidak hadir ke sidang media itu.

Projek dengan penyanyi solo berbagai genre

Menyentuh tentang perancangan MUH pada masa depan, mereka akan membuat lebih banyak projek dengan pelbagai penyanyi solo tempatan yang berlainan genre muzik.

Selepas Black Mentor, MUH berminat untuk bekerjasama dengan beberapa penyanyi terkenal seperti Datuk Sheila Majid, Datuk Siti Nurhaliza, Ella, Ramli Sarip, Rahim Maarof dan Amy Search.

“Penyanyi-penyanyi yang MUH pilih ini merupakan idola yang menyemarakkan semangat mereka untuk menjadi pemuzik,” akhiri Kimi.

Dalam konsert RTW9 pada 19 Disember depan, MUH akan mempersembahkan empat buah lagu mereka termasuk lagu popular ‘Lagu Untukmu’.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan