‘Raja ad lib' lepas geram saat akhir ‘Cuci The Musical’

Diterbitkan: Rabu, 11 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

AC Mizal (kiri) di samping 'team Cuci'- Afdlin Shauki, Awie dan Hans Isaac.
AC Mizal (kiri) di samping 'team Cuci'- Afdlin Shauki, Awie dan Hans Isaac.

GELARAN ‘Raja ad lib’ memang sesuai diberikan kepada pelakon, pengacara dan penyanyi AC Mizal yang melakonkan watak C’ Tan dalam teater ‘Cuci The Musical’ baru-baru ini di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

'Ad lib' bermaksud kata-kata tambahan yang dikeluarkan di luar dialog.

Ini kerana setiap babak yang dilakonkannya pasti tampil dengan pelbagai 'ad lib' yang menghiburkan penonton dan tidak menjemukan.

Bukan sahaja AC, malah pelakon-pelakon utama lain seperti Awie, Afdlin Shauki dan Harith Iskander juga pandai menggunakan 'ad lib' mereka pada masa-masa tertentu.

Namun begitu, 'ad lib' mereka banyak terpacul dari mulut masing-masing di saat akhir persembahan teater itu pada 8 November lalu.

Bagi AC, bukan mudah untuk dia memikirkan 'ad lib'yang sesuai ketika berdialog selain mengikut panduan skrip yang diberikan.

Tetapi kebetulan di akhir pementasan itu, ideanya begitu mencurah-curah sehingga ramai yang berpuas hati dan memuji lakonan dan aksi spontan ‘Raja ad lib’ itu.

“Saya cipta 'ad lib' sebab nak hidupkan suasana di pentas itu. Tambahan pula persembahan terakhir baru-baru ini, saya cuba lepas geramlah.

“Semua pelakon ada kelebihan masing-masing dan waktu itu kepala saya sedang banyak idea.

“Apa-apa pun, kami perlu berbalik kepada nawaitu (niat) masing-masing dan semua pelakon dalam satu kumpulan cuba menghidupkan keadaan.

“Kalau mereka tak layan 'ad lib' saya, tak menjadi juga. Misalnya semasa saya menyanyikan lagu ‘Sejati’ bersama Awie,” katanya yang turut sibuk dengan rakaman program AC? untuk musim terbaru.

Tambah AC, para penonton yang hadir turut memainkan peranan masing-masing dan menentukan kejayaan teater itu.

“Saya buat 'ad lib' itu semuanya untuk penonton. Kalau mereka bergelak ketawa, saya akan menjadi lebih bersemangat. Begitu juga dengan kawan-kawan lain, semuanya memang ‘all out’ semasa persembahan terakhir baru-baru ini,” ulasnya lagi.

Ditanya rahsia AC di sebalik kejayaannya itu, dia yang sebelum ini didakwa kurang memberikan komitmen sepanjang pementasan teater itu, berkata:

“Nawaitu kena betul dan ikhlas apabila melakukan sesuatu. Kalau tak ikhlas, bagaimana saya nak cari makan untuk keluarga..,” jawab AC dalam nada ceria.

Walaupun dihimpit dengan kontroversi ‘kurang komitmen’ itu, AC tetap meneruskan tanggungjawabnya sehingga ke penghujung pementasan itu.

“Syukur, alhamdulillah..semuanya berjalan dengan lancar,” luah AC setelah ‘Cuci The Musical’ selesai.

Selesai segala-galanya tidak bermakna hubungan dia dan team produksi yang lain berakhir begitu sahaja.

Malah AC juga memaklumkan yang hubungannya dengan penerbit eksekutif teater itu, Hans Isaac berada dalam keadaan baik seperti dulu.

“Kami ‘ok’ seperti biasa,” tutur AC ringkas.

Miliki kereta Porsche hasil jual gelang dan rantai magnet

AC turut tidak menafikan yang dia tidak teragak-agak untuk bekerjasama di bawah produksi Tall Order Production itu lagi pada masa akan datang.

“Saya tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama lagi tetapi tengok kepada keadaan saya.

“Selepas ini, saya akan sibuk ke luar negara kerana saya baru membuka cawangan baru AC Konsortium Sdn Bhd yang menjual gelang tangan dan rantai magnet jenama AC Mizal di London, Indonesia dan Jordan.

“Pada hujung minggu depan, saya akan pergi ke London dan Indonesia untuk membuka kedai di sana.

“Alhamdulillah, perniagaan yang dijalankan sejak dua bulan lalu juga berjalan dengan sangat baik dan banyak permintaan daripada pelanggan,” ujar AC yang turut menawarkan rebat tunai kepada pelanggan yang menjadi ahli AC Konsortium.

Kata AC, rebat tunai itu diberikan hasil daripada keuntungan yang diperolehi dalam syarikatnya.

Tidak hairanlah jika AC juga telah berjaya memiliki sebuah kereta Porsche hasil jualan gelang dan rantai jenamanya itu.

Selain itu, AC juga sedang menantikan kemunculan filem terbarunya, ‘My Spy’ yang akan ditayangkan mulai 3 Disember depan di seluruh pawagam tempatan.

Dia juga masih mengikat kontrak artis eksklusif Astro sejak tiga tahun lalu.

“Alhamdulillah, ‘masyuk’ juga pendapatan yang saya dapat sekarang, berkat rezeki anak-anak,” akhirinya yang telah mengendalikan program ‘AC?’ selama enam musim berturut-turut.

Sebelum ini, program itu lebih dikenali sebagai ‘AC Di sini’ dan mulai musim keenam, ia ditukar kepada ‘AC?’.

Program bual bicara ini disiarkan di Astro Ria (104) pada setiap Jumaat, pukul 9 malam.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan