Blogger Boy kembali di 8TV!

Diterbitkan: Rabu, 11 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

'BLOGGER BOY' kini kembali di kaca televisyen untuk musim ke-2! Musim terbaru drama ini kembali dengan jalan cerita yang lebih menarik dan penuh dengan elemen kejutan.

'BLOGGER BOY' musim ke 2 akan menemui penonton semua bermula 12 November ini, setiap Khamis jam 9.30 malam dengan 20 episod yang cukup sensasi. Siri ini bakal menyaksikan Qi (Budi), Julie Woon (Nina) dan Nas-T (Kid) bersatu kembali untuk menjayakan drama bersiri ini.

“Ini merupakan sebuah lagi drama bersiri yang cukup hebat dan tampil segar dengan konsep yang cukup menarik dan unik. 'BLOGGER BOY' lengkap dengan elemen drama, komedi, cinta dan suspens akan ditayangkan secara eksklusif di 8TV. Khas buat peminat setia 'BLOGGER BOY', jangan ketinggalan untuk menonton siri kegemaran ramai ini!

“Drama bersiri ini lengkap dengan jalan cerita yang menarik yang akan membuat anda semua tidak sabar-sabar untuk menantikan kesudahan drama ini," komen Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV.

Musim ke-2 'BLOGGER BOY' membuka tirai dengan kisah perhubungan Budi dan Nina. Budi ternyata cukup kecewa apabila Nina tiba-tiba menghilangkan diri dan meninggalkannya pada episod terakhir musim pertama drama ini.

Budi juga telah berhenti daripada menulis di dalam ‘blog komik’ beliau dan telah mengecewakan ramai pengikut blog itu. Kid pula berusaha sedaya upaya untuk membantu Budi melupakan kesedihan yang menimpa dirinya dan kembali ceria.

Kedua-dua jejaka ini dalam misi mencari penyewa untuk meringankan kewangan masing-masing dan akhirnya menyedari tidak mudah untuk mencari penyewa atau rakan serumah di Kuala Lumpur. Setiap kali mereka mendapat penyewa baru, setiap kali itulah masalah mula timbul.

Sementara itu, Maya (Cheryl Samad) gadis pilihan ibu Budi mula bertapak di hati beliau. Perhubungan mereka berdua mula rapat apabila mereka banyak meluangkan masa bersama-sama.

Budi kembali menulis di ‘komik-blog’ beliau dan mula mencurahkan isi hatinya di dalam blog peribadi beliau kerana tidak berani meluahkan perasaannya kepada Maya. Budi juga mempunyai seorang peminat wanita yang sentiasa mengikuti perkembangan blog beliau dan peminat misteri itu dalam diam-diam menaruh hati terhadap Budi.

Dua wanita yang pernah hadir dalam hidup Budi; Nina dan Zehan tiba-tiba muncul. Kedua-dua mereka kecewa dengan perhubungan masing-masing. Siapakah yang bakal memenangi hati budi? Bagaimana pula perhubungan Budi dengan Maya?

Jika anda ingin mengetahui siapakah yang bakal menjadi pilihan hati Budi, saksikan musim ke-2 'BLOGGER BOY' eksklusif di saluran hip 8TV. BLOGGER BOY akan menemui penonton semua bermula 12 November ini, setiap Khamis jam 9.30 malam.

'BLOGGER BOY' merupakan hasil ciptaan Lina Tan, Rafidah Abdullah dan Bernard Chauly daripada Red Communications. Mereka juga merupakan Penerbit, Penulis dan pengarah untuk drama bersiri popular ini.

8TV juga boleh ditonton menerusi saluran 708 Astro.

Kini, anda juga boleh menonton rancangan-rancangan 8TV kegemaran anda menerusi telefon bimbit anda di mobile.8tv.com.my. Selamat menonton!

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan