Victoria Beckham Akan Memulakan Syarikat Agensi Model

Diterbitkan: Selasa, 10 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

David Beckham dan isterinya Victoria hadir ke majlis pelancaran fesyen 'The Adidas Originals by Originals David Beckham' di Los Angeles pada 30 September 2009 di Los Angeles. -Foto AP
David Beckham dan isterinya Victoria hadir ke majlis pelancaran fesyen 'The Adidas Originals by Originals David Beckham' di Los Angeles pada 30 September 2009 di Los Angeles. -Foto AP

BEKAS penyanyi kumpulan Spice Girls, Victoria Beckham akan memulakan syarikat agensi model.

Penyanyi yang kini bergelar pereka fesyen juga memiliki jenama pakaiannya sendiri.

Victoria sedang berbincang mengenai agensi model yang akan dibuka di New York dengan pengurusnya Simon Fuller.

“Simon tahu Victoria memang arif mengenai soal fesyen. Simon pernah berkerjasama dengan Victoria dan Roland Mouret dalam bidang fesyen yang membawa kejayaan besar kepadanya.

“Victoria merupakan satu aset untuk Simon dan beliau mahukan isteri pemain bola sepak itu memainkan peranan besar dalam agesi model tersebut,” kata satu sumber dari dalam.

Sementara itu, Simon juga merupakan bekas pengurus kumpulan Spice Girls dan pemegang 51% saham sebuah syarikat agensi model lain di London.

Victoria dan Beckham mempunyai tiga anak lelaki.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan