Maya Karin Tetap Berahsia Tentang ‘Nona’

Diterbitkan: Selasa, 10 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Maya bakal menggantikan pengacara Siti Hasfizza Aswaty Sab Jahan atau Fizza mulai tahun depan. -Foto THE STAR oleh AZHAR MAHFOF
Maya bakal menggantikan pengacara Siti Hasfizza Aswaty Sab Jahan atau Fizza mulai tahun depan. -Foto THE STAR oleh AZHAR MAHFOF

SEMASA majlis pra-tonton ‘Media Prima Network Screenings 2010’ baru-baru ini, nama pelakon jelita yang pernah menjulang anugerah pelakon wanita terbaik Malaysia, Maya Karin disebut-sebut akan mengacarakan program majalah dokumentari, ‘Nona’ untuk tahun 2010.

Maya bakal menggantikan pengacara Siti Hasfizza Aswaty Sab Jahan atau Fizza mulai tahun depan.

Walaupun namanya sudah dicanang akan menyertai program berkaitan isu wanita itu, Maya masih mengunci mulut saat meminta komen daripadanya.

“Saya tidak akan komen apa-apa lagi kerana setakat ini saya belum tandatangan apa-apa perjanjian lagi.

“Tengoklah dulu..ia masih di peringkat awal..,” jawab Maya ringkas.

Meminta penjelasan lanjut berhubung hal itu, Maya berkata dia terpaksa merahsiakan tentang ‘Nona’ sehingga tiba masa yang sesuai.

“Saya diberitahu jangan komen apa-apa,” ulasnya lagi yang sedang sibuk mempromosikan filem ‘Pisau Cukur’ yang ditayangkan mulai 5 November lalu di pawagam.

Selain itu, Maya sedang menjalani latihan teater ‘Natrah’ yang akan dipentaskan mulai 17 hingga 25 November ini di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

“Sekarang, saya sibuk sangat dengan latihan teater ‘Natrah’. Minggu depan mungkin lega sikit sebab latihan pun sudah tidak sibuk sangat.

“Banyak benda yang saya kena lakukan kerana cerita Natrah sangat kaya dengan kandungan.

“Saya juga perlu menyanyi dan menari yang sangat menarik dan mengujakan,” luah pelakon filem ‘Pontianak Harum Sundal Malam’ dan ‘Anak Halal’ ini.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan