Yuna: Lagu popular mungkin ‘tiket masuk’ AJL24

Diterbitkan: Isnin, 9 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Penyanyi 'Top 5' yang terpilih untuk ke AJL24 setakat ini. -foto The Star oleh RICKY LAI
Penyanyi 'Top 5' yang terpilih untuk ke AJL24 setakat ini. -foto The Star oleh RICKY LAI

LAGU ‘Dan Sebenarnya’ nyanyian Yuna tersenarai antara lagu-lagu ‘top 5’ yang terpilih secara rawak untuk bertanding di Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-24 pada Januari depan.

Lima buah lagu yang setakat ini mendapat markah tertinggi berbanding enam buah lagu lain yang turut bertanding semasa separuh akhir Muzik-Muzik bahagian 1 pada Jumaat lalu di Plaza Alam Sentral, Shah Alam telah dipilih oleh juri profesional Azlan Abu Hassan, Helen Yap, Mohariz Yaakub, Ahadiat Akashah dan Azhar Borhan selaku ketua juri.

Ini bermakna jika ada antara 19 buah lagu lain yang mempunyai markah lebih tinggi daripada lima buah lagu ini, maka tidak mustahil lagu-lagu itu akan berjaya terpilih antara 14 buah lagu ke AJL24.

Keputusan 14 buah lagu yang akan mara ke peringkat akhir Muzik-Muzik itu akan diumumkan selepas selesai tiga bahagian ini.

Selain lagu ‘Dan Sebenarnya’, empat buah lagu lain yang mencatat markah tertinggi setakat ini adalah ‘Kau Aku’ oleh Aizat, ‘Tak Mungkin Kerna Sayang’ (Alyah), ‘Aku Scandal’ (Hujan) dan ‘Raja Gelek’ (One Nation Emcees).

Apabila meneliti pemilihan lima buah lagu itu, kebanyakannya terdiri daripada lagu-lagu popular di carta radio tempatan.

Menurut penyanyi Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai, dia tidak menolak kemungkinan lagu popular boleh menjadi ‘tiket masuk’ untuk ke AJL24.

“Saya rasa lagu popular mungkin juga ada memberi pengaruh untuk dipilih oleh juri sebab lagu popular memberi kesan kepada pendengar terutama remaja yang menggemari muzik yang ‘catchy’.

“Tetapi saya sukar untuk menjangka sama ada lagu ‘Dan Sebenarnya’ boleh pergi AJL 24 atau tidak sebab orang ramai mempunyai lagu kegemaran mereka tersendiri. Ada yang suka lagu nyanyian Hujan, One Nation Emcees..jadi sangat-sangat susah untuk saya jangka..mungkin dalam 60 peratus harapan untuk terpilih,” ujar Yuna yang akan terbang ke Korea pada bulan Disember depan untuk melancarkan EP yang memuatkan lagu-lagu lamanya di sana.

Sementara itu, penyanyi Noraniza Idris yang gagal menyenaraikan lagu ‘Enjut’ dalam ‘top 5’ itu akui lagu irama tradisional itu sukar untuk pergi jauh memandangkan kurang nilai komersial.

“Lagu tradisional ibarat lagu yang baru nak bernafas dalam genre muzik yang ‘raksasa’. Jadi, saya cuba untuk pergi kepada satu ruang untuk menglobalkan lagu tradisional bagi membuatkan orang berfikir panjang untuk mendengar lagu seperti ini.

“Oleh itu, saya perlu fikirkan sensitiviti peminat. Selepas dikenalpasti, saya gunakan konsep pop sebagai elemen tambahan dalam lagu ‘Enjut’ ini sebab saya nak lagu ‘Enjut’ sampai kepada masyarakat agar dapat menjadi suatu pembelajaran, didikan dan jati diri mereka,” jelasnya.

Selain ‘Enjut’, lagu lain yang tidak tersenarai antara ‘top 5’ adalah ‘Mirage’ nyanyian Pesawat, ‘Dia, Aku Dan Kamu’ (Nadia & Red Peanut), ‘Oh Anok Anok’ (Reshmonu), ‘Gila’ (Mila) dan ‘Bertamu Di Kalbu’ (Jaclyn Victor).

Keutamaan akan lebih kepada lagu popular- Azhar Borhan

Bukan sahaja Yuna, malah Azhar Borhan selaku ketua juri separuh akhir Muzik-Muzik untuk tiga bahagian itu, turut tidak menafikan lagu-lagu popular akan lebih diutamakan dalam soal pemilihan lagu ke AJL24.

Hal ini berdasarkan pemilihan lagu yang kebanyakannya terdiri daripada genre pop rock dan balada berbanding irama Malaysia.

“Tidak banyak lagu yang betul-betul kuat. Misalnya lagu ‘Oh Anok Anok’ oleh Reshmonu merupakan satu percubaan dengan rentak fusion-moden.

“Satu lagi ‘Raja Gelek’ iaitu kepelbagaian persembahan dengan rentak pop dan dangdutnya.

“Banyak lagu elemen etnik kreatif yang dimodenkan tetapi diakhirnya kita akan melihat nilai komersial sesebuah lagu itu, keberkesanan dan impak persembahan mereka,” ulas Azhar selepas selesai bahagian pertama pertandingan nyanyian peringkat separuh akhir yang diacarakan oleh Cheryl Samad dan Faizal Ismail itu.

Format pemarkahan separuh akhir adalah berdasarkan 30 peratus markah persembahan pada malam pertandingan dicampur dengan 70 peratus markah penilaian lagu yang dibuat sebelum persembahan bagi mendapat markah keseluruhan.

Markah 30 peratus itu menilai aspek persembahan vokal dan keberkesanan persembahan secara keseluruhan.

“Berlainan impaknya apabila mendengar lagu secara langsung dan di CD. Suasana mempengaruhi pemilihan lagu jadi sebab itu kita menilai 30 peratus sahaja dari sini (nyanyian secara langsung) manakala 70 peratus lagi sudah dinilai sebelum ini oleh juri yang sama.

“Sesetengah artis itu vokal sudah ‘ok’ tetapi dari segi koreografi mereka kurang,” jelasnya lagi.

Namun, Azhar sukar untuk menduga sama ada lagu-lagu yang tidak tersenarai dalam ‘top 5’ itu tidak berpeluang untuk mara ke AJL24.

“Mungkin begitu. Lagu-lagu ini ibarat berada dalam carta lagu yang boleh turun dan naik,” akhirinya.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan siaran langsung separuh akhir Muzik-Muzik bahagian kedua, pada 13 November ini, pukul 10 malam di TV3.

Bagi sesiapa yang berminat untuk menyaksikan persembahan artis-artis kegemaran seperti Estranged, Nubhan, Jinbara, Riz dan Alyah, Aizat, Sixth Sense, Akim, Black, Grey Sky Morning, Adam dan Hafiz, bolehlah mendapatkan tiket-tiket percuma di Balai Pengawal Sri Pentas Bandar Utama dan Balai Pengawal Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan