'Saya agak kecewa dengan Abby' - Haliza Misbun

Diterbitkan: Isnin, 9 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Haliza akui agak kecewa dengan Abby yang tidak memberikan kerjasama semasa proses dubbing filem Andartu Terlampau...21 Hari Mencari Suami
Haliza akui agak kecewa dengan Abby yang tidak memberikan kerjasama semasa proses dubbing filem Andartu Terlampau...21 Hari Mencari Suami

"SAYA tidak pernah ada masalah dengan Abby sebelum ini. Jadi, bila benda seperti ini berlaku, saya agak kecewa dengan dia," - luah pelakon dan penerbit, Haliza Misbun berhubung kisah tentang Abby Abadi yang dikatakan 'buat hal' dan tidak hadir ke proses memasukkan suara (dubbing) untuk filem Andartu Terlampau...21 Hari Mencari Suami, baru-baru ini.

Filem terbitan produksi milik Haliza sendiri, Big Productions Sdn Bhd itu telah menjalani proses dubbing selama 10 hari bermula 22 hingga 31 Oktober lalu.

Menerusi laporan sebuah akhbar semalam, semua pelakon yang terbabit seperti Ari Wibowo, Awie, Erra Fazira dan Fahrin Ahmad memberikan kerjasama yang cukup baik untuk proses tersebut, namun hanya Abby saja yang gagal berbuat demikian.

Dan akhirnya, pengarah filem tersebut, Din CJ terpaksa menggunakan suara pelakon lain iaitu Nik Sayyidah untuk semua babak lakonan Abby di dalam filem yang menjalani penggambaran pada 1 Ogos lalu itu.

"Saya tidak nafikan, tarikh proses dubbing itu sering ditunda kerana masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan. Itu perkara biasa dalam produksi.

"Tetapi, jika kerana tarikh yang asyik tertunda itu adalah alasannya tidak dapat berikan kerjasama, saya rasa ia tidak relevan kerana pelakon-pelakon lain juga sempat mencuri masa untuk hadir walaupun mereka juga begitu sibuk.

"Jika tidak boleh, mereka akan cadangkan tarikh lain. Tetapi agak mengejutkan juga kerana dia (Abby) tidak memberikan sebarang tarikh pun dalam tempoh 10 hari dubbing dijalankan.

"Saya faham kesibukan masing-masing, tetapi takkanlah dalam tempoh itu tidak boleh cari sedikit masa untuk hadir. Awie yang terlibat di dalam teater Cuci The Musical pun sempat cari masa.

"Saya bukan puji dia kerana dia adik ipar saya, tetapi saya memang mengharapkan komitmen seperti ini daripada pelakon-pelakon. Erra dan Fahrin juga dapat luangkan masa tatkala masing-masing sibuk dengan urusan sendiri," ujar Haliza ketika dihubungi.

Menurut wanita berusia 36 tahun ini, dia bagaimanapun tidak mahu perkara ini menjadi satu isu besar. Cuma apa yang disuarakannya itu hanyalah teguran ikhlas berhubung perkara tersebut.

"Saya dan dia pun tidaklah mengenali rapat, hanya berurusan secara profesional. Tetapi saya menganggap dia seperti adik saya sendiri. Sudah tentu jika adik melakukan sesuatu yang tidak kena, sebagai kakak saya akan kecewa.

"Saya pun tidak ada menghubunginya sendiri tentang perkara ini kerana semuanya saya serahkan kepada pengurus produksi dan pengarah. Selalunya, saya hanya memantau saja perjalanan produksi.

"Apapun, saya tidak mahu perkara ini menjejaskan pula hubungan profesional kami. Saya tidak terfikir pun sama ada sudah serik bekerja dengannya atau tidak," kata Haliza yang memegang watak utama sebagai Nikki di dalam filem yang berkemungkinan akan mula ditayangkan pada Mac tahun depan.

Secara ringkasnya, filem yang menelan belanja kira-kira RM1.1 juta ini mengisahkan tentang Nik Melati Sukma atau Nikki berusia lewat 30an yang tertekan gara-gara masih belum berkahwin.

Pelbagai usaha dilakukan oleh kedua-dua orang tuanya iaitu Fatimah dan Nik Mat bagi membolehkannya bersetuju untuk berkahwin termasuklah mencarikannya jodoh yang dirasakan sesuai.

Namun, Nikki nekad untuk mencari jodohnya sendiri. Pelbagai peristiwa lucu melingkari perjalanan Nikki dalam usahanya mencari calon suami apatah lagi ibunya, Fatimah, telah memberi kata dua agar membawa pulang calon suami dalam masa 21 hari.

Jika tidak, Nikki tiada pilihan lain dan terpaksa berkahwin dengan lelaki pilihan ibubapanya.

Antara pelakon-pelakon lain yang turut membintangi filem sulung terbitan produksi Haliza ini ialah Azhar Sulaiman, Fizo Omar, Datuk Rahim Razali, Datuk Jalaluddin Hassan, Fara Fauzana dan Maimon Talib.

Tunggu lamaran jejaka Perancis?

Tatkala rancak bercerita tentang perkembangan filem tersebut yang sedang di dalam proses untuk disiapkan, sengaja soalan tentang kehidupan peribadinya diajukan terhadap anak kedua daripada enam beradik ini.

Dalam nada ceria, pelakon ini hanya tergelak besar apabila ditanya sama ada dia sudah mempunyai perancangan untuk mengakhiri zaman solo dengan seorang jejaka Perancis yang sudah dikenalinya sejak tiga tahun lalu.

"Kami kawan sajalah. Saya tidak anggap ia sebagai satu hubungan istimewa pun, hanya hubungan biasa saja...selagi dia tidak melamar saya," kata Haliza dalam nada berseloroh.

Cuba menepis daripada terus berbicara tentang jejaka yang dikenalinya ketika memasuki kelas 'kickboxing' di Hartamas itu, ujar Haliza, buat masa ini dia hanya ingin memberikan tumpuan terhadap kariernya.

Salah satunya adalah memastikan filem sulung terbitannya itu dapat disiapkan seperti yang telah dijadualkan.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan