Jaclyn Selesa 'Jadi' Rihanna

Diterbitkan: Isnin, 9 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JACLYN Victor atau lebih dikenali sebagai Jac sukakan fesyen rambut barunya.

Kini rambutnya dipotong pendek ala stail fesyen rambut Rihanna.

Pemenang Malaysian Idol musim pertama ini juga pada mulanya tidak menyangka yang fesyen rambut ini sesuai dengannya.

“Apabila saya pergi berjumpa dengan Andy Ho, ‘hair sylist’ saya, dia memandang saya sekali dan berkata potongan rambut ala Rihanna sesuai dengan saya.

“Pada mulanya memang saya risau untuk memotong rambut saya terlalu pendek, tetapi tiba-tiba timbul pula keinginan dalam diri untuk mencuba sesuatu yang baru.

“Oleh itu, saya terus mendapatkan kebenaran produser saya dan memotong rambut saya pada keesokkan harinya,” jelas Jac. Penyanyi yang dikenali dengan nada tinggi semasa menyanyi akui pada mulanya memang dia berasa kekok dengan gaya rambut pendek.

“Tetapi, lama-lamaan saya dah mula suka dengan gaya rambut saya. Malah saya menyesal kenapa saya tidak memotongnya dengan pendek lebih awal lagi,” kata Jac selepas pertandingan Muzik-Muzik pada hari Jumaat yang lalu.

Menurut Jac, rambutnya tidak terus dipotong sependek ini.

“Saya memotong rambut saya sedikit demi sedikit, dua inci pendek setiap kali saya memotong rambut saya,” tambah penyanyi lagu Gemilang itu yang memotong rambutnya dua minggu sekali.

Apabila Jac melihat balik gambar-gambarnya semasa rambutnya masih panjang dan membuat perbandingan, Jac merasakan rambut pendek lebih sesuai dengan penampilannya.

Ada peminat Jac yang sukakan gaya rambutnya ada juga yang lebih suka jika Jac mempunyai rambut panjang.

“Fesyen adalah sesuatu yang subjektif dan setiap orang ada pendapat mereka masing-masing,” kata Jac.

Sementara itu, Jac berkata kesemua peserta yang menyertai pertandingan Muzik-Muzik pada hari Jumaat yang lalu semuanya hebat-hebat belaka.

“ Saya sama sekali tidak kecewa kerana tidak menduduki lima tangga teratas. Malah gembira kerana lagu saya tergolong dalam lagu-lagu yang sudah lama berada di carta Muzik-Muzik,” jelas Jac yang menyanyikan lagunya yang bertajuk Bertamu di Kalbu hasil nukilan Anjang.

Antara lima pemenang lain yang mendapat markah tertinggi pada pertandingan separuh akhir Muzik-Muzik adalah Aizat menerusi lagunya yang berjudul Kau Aku, Alyah yang menyanyikan lagu Tak Mungkin Kerna Sayang, Kumpulan Hujan yang mempersembahkan lagu Aku Skandal, Yuna yang menyanyikan lagu Dan Sebenarnya sambil bermain gitarnya dan Kumpulan One Nation Emcees menerusi lagu Raja Gelek.

Beliau juga gembira kerana berjaya sampai ke peringkat separuh akhir.

“Ini bermaksud lagu-lagu saya masih mendapat tempat di hati penonton.

“ Saya sebenarnya berasa amat gembira diatas kesemua kejayaan yang saya kecapi selama ini. Saya berterima kasih kepada tuhan dan semua peminat-peminat saya di luar sana kerana ini,” tambah Jac.

Apabila ditanya siapakah saingannya pada malam ini, Jac berkata kesemua penyanyi yang membuat persembahan pada malam itu menyerlah.

“Persaingan diantara kami memang sengit kerana kesemuanya merupakan lagu-lagu yang popular dan berjaya manambat hati penonton,” ujar Jac yang berpakaian serba hitam dan kelabu pada malam itu.

Persembahan Reshmonu yang menyanyikan lagu Oh Anok Anok dan Aizat yang menyanyikan lagu Kau Aku berjaya memikat hati penyanyi tanah air yang amat berbakat ini.

Kini, Jac sedang sibuk mempromosikan album ketiganya berjudul 'Jaclyn Victor III'.

Album terbarunya itu memaparkan lagu-lagu yang ‘simple dan catchy.’ Jac popular dengan stail nyanyian melalak ini tidak berbuat demikian semasa menyanyikan kesemua lagu-lagu dalam album terbarunya yang berada di pasaran sejak Ogos lalu.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan