Serina Ganti Maria Tunku Sabri Kendalikan Jalan-Jalan Cari Makan

Diterbitkan: Ahad, 8 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

AKTRES Serina Redzuawan bakal menggantikan pengacara asal program ini, Maria Tunku Sabri untuk mengendalikan Jalan-jalan Cari Makan.

Pelakon yang juga merupakan anak kepada Chef Wan ini akui berasa sangat teruja selepas menerima panggilan yang memaklumkan berita baik itu kepadanya pada minggu lepas, setelah menghadiri ujibakat yang diadakan.

“Saya tidak mahu dibandingan dengan bekas pengacara rancangan ini.

“Saya telah pun berbincang dengan produser rancangan ini dan akan menukar sedikit konsep rancangan Jalan-Jalan Cari Makan,” ujar gadis yang bakal melangkah ke alam perkahwinan pada awal tahun hadapan.

Menurut pelakon berusia 27 tahun ini lagi, dia mahu rancangan ini digambarkan mengikut jiwa mudanya.

Namun, aktres ini tidak mahu menyatakan apakah perubahan itu.

“Itu rahsia. Buat masa ini saya tidak mahu mengatakan apa-apa kelainan yang akan di buat,” jelas Serina.

Rakaman untuk musim terbaru rancangan Jalan-Jalan Cari Makan akan bermula pada 25 November ini.

Untuk musim baru ini, kata Serina, dia ingin cuba membabitkan golongan kurang upaya, ibu tunggal dan anak-anak yatim untuk ditonjolkan di dalam program itu.

“Saya mahu makan bersama mereka dan kalau boleh menolong mereka. Saya mahu menggembirakan mereka dengan cara seperti itu,” katanya.

Tambah Serina, makanan sebenarnya mampu merapatkan hubungan dan itulah salah satu kelainan yang ingin dibawa olehnya menerusi rancangan ini.

Selain rancangan Jalan-Jalan Cari Makan, pelakon ini juga sibuk dengan penggambaran Akademi Polis yang disiarkan di TV9 dan Roda-Roda KL di RTM2.

Serina juga sudah memulakan penggambaraan untuk musim kedua rancangan masakan yang berjudul Sajian Kontemporari.

Dia merupakan pengacara bagi rancangan tersebut yang turut disertai oleh ayahnya Chef Wan, dan abangnya.

Akui Serina, adakalanya dia juga sedikit risau dengan jadual seninya yang begitu padat apatah lagi bakal bergelar isteri tidak lama lagi.

“Saya takut tidak dapat menbahagikan masa saya dengan kerjaya dan rumah tangga. Ada banyak projek yang saya terima sejak kebelakangan ini.

“Apapun saya tetap gembira kerana akan berkahwin tidak lama lagi,” tambah Serina.

Sementara itu, bercerita tentang persiapan perkahwinannya, ramai chef terkenal dari luar negara juga dijangka akan menghadiri majlis perkahwinannya nanti.

Menurut Serina lagi, ‘Asia Food Channel’ dan ‘BBC Channel’ akan membuat liputan pada majlis bersejarahnya itu.

“Media luar negara itu akan membuat liputan mengenai bagaimana upacara perkahwinan orang Melayu akan diadakan.

“Saya juga akan menjemput rakan-rakan media tempatan untuk majlis akad nikah dan resepsi itu nanti,” kata pelakon itu.

Majlis akad nikah Serina bersama tunangnya, Gavin Edward O'luanaigh atau nama Islamnya Salahuddin Ghaffar akan berlangsung di Masjid Wilayah pada 1 Januari pada jam 5 petang.

Serina akan memakai baju berwarna putih dan merah jambu hasil rekaan Jovian Mandagie untuk majlis akad nikahnya.

Manakala untuk majlis persandingannya yang diadakan pada hari berikutnya, Serina akan memakai baju pereka fesyen Radzuan Radziwill berwarna ‘Lavender’. Majlis itu akan diadakan di Hotel Royal Chulan.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan