Will Smith-Penceraian adalah sesuatu yang amat ‘menyakitkan’

Diterbitkan: Sabtu, 7 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

WILL Smith bercakap secara terbuka mengenai perasaanya selepas penceraian pertamanya setelah kian lama.

Menurut pelakon itu, penceraian adalah “kehilangan yang amat menyakitkan.”

Will berkahwin dengan teman wanitanya Sheree Zampino pada tahun 1992 sebelum kelahiran anak pertama mereka, Trey.

Mereka kemudiannya bercerai pada tahun 1995.

Will mendakwa telah belajar daripada kesilapannya, dan sekarang tahu bagaimana untuk berdepan masalah rumah tangga setelah berkahwin dengan aktres Jada Pinkett Smith.

Pelakon itu juga mengakui perkahwinan pertamanya mungkin dapat diselamatkan sekiranya berusaha untuk menyelamatkannya dahulu.

“Saya mengahwini Jada dengan bersaksikan tuhan, ahli-ahli keluarga serta kawan-kawan, dan telah berjanji tidak akan berpisah dengannya sehinga mati.

“Kami hanya boleh berpisah melalui dua cara sahaja , iaitu sama ada saya mati atau kami mati bersama,” jelas Will.

Menurut pelakon itu, ramai yang bertanya kepadanya bagaimana jika mereka menghadapi masalah.

Will berkata, seseorang perlu lebih berhati-hati apabila mengucapkan kata-kata ‘kami akan hidup bersama sehingga mati’ dihadapan tuhan.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan