'Stompin Sabah' akan jadi pesta muzik tahunan terunggul

Diterbitkan: Sabtu, 7 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

CONTAGIOUS Concepts mempersembahkan Stompin Sabah 2009 pada 31 Disember menjelang sambutan tahun baru.

Acara ini bakal menggegarkan Kota Kinabalu buat kali pertama dan dijangka menjadi pesta muzik tahunan yang terunggul di Borneo.

Pihak Kementerian Pelancongan Sabah dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu telahpun memberikan sokongan mereka kepada Contagious Concepts walaupun ini merupakan produksi pertama yang dianjurkan secara besar-besaran.

Stompin’ Sabah akan berlangsung di Jesselton Point, Kota Kinabalu dari 8 malam hingga 2 pagi.

Sasaran hadirin adalah dari Malaysia, Singapore, Brunei dan juga belia dari serata dunia.

Suria FM merupakan radio rasmi untuk acara penuh berprestij ini.

Satu peraduan dianjurkan untuk para pendengar dan yang bertuah bakal memenangi pakej istimewa berupa 2 tiket percuma menyaksikan acara ‘Stompin Sabah 2009”.

Disamping itu juga tiket penerbangan pergi balik serta penginapan ditaja sepenuhnya.

Peraduan secara online ini akan berlangsung selama 2 minggu bermula Isnin (2hb November) yang mana pendengar hanya perlu merakam “bakat stompin” mereka dan penyertaan harus dihantar ke stompinsabah@suriafm.com.my.

Selain itu, pendengar Suria FM di Kota Kinabalu turut berpeluang untuk memenangi 2 tiket setiap seorang ke konsert ini menerusi segmen ‘Suria Pagi KK’ bersama DJ Othoe di frekuensi 105.9 fm.

Sepanjang pesta berlangung, anda akan menyaksikan unsur “muzik moden” dan “ritma tribal” digabungkan secara “live” di pentas. Stompin’ Sabah akan menonjolkan persembahan-persembahan istimewa seperti:

DJ : DJ Nas-T (Malaysia) dan DJ Lil’ John (Malaysia)

Pemuzik-pemuzik : White Percussion Unit (Malaysia), Rhythm Masala (Singapore) dan Kadangyan (Philippines)

Pementasan : Monsopiad Tribal Village Troupe

Kemuncak pesta ini adalah “pertempuran dram” oleh Projek Pistol yang terdiri daripada ahli muzik terkenal Malaysia seperti Edrie Hashim, Lola, Zam dan Moq.

Sebagai merancakkan lagi pesta muzik yang akan berlangsung, turut diadakan karnival selama 2 hari di perkarangan tapak acara, yang mana hadirin akan dihiburkan dengan acara pembukaan seperti persembahan ilusi oleh anak Sabah Ezad, penari eksotik “Mascara”, persembahan api dan “Tribal Face Painters”.

Stompin’ Sabah 2009 disokong oleh penaja rasmi Xpax, radio rasmi Suriafm, majalah rasmi Faces dan Breeze, hotel rasmi Imperial International Hotel Kota Kinabalu, kenderaan rasmi oleh Tan Chong Motor dan juga Perkampungan Budaya Monsopiad, MyCola dan Mudah.my.

Tiket masuk akan dijual dengan harga RM 30 dan RM 130 untuk VVIP. Tiket-tiket boleh didapati di pintu masuk Jesselton Point (21 Disember- 31 Disember, pukul 11 pagi hingga 8 malam).

Untuk tempahan tiket atau pertanyaan lanjut berhubung Stompin Sabah, sila hubungi 03-56363835.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan