Sabhi penyanyi yang boleh menari

Diterbitkan: Sabtu, 7 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Sabhi tertarik pada gadis yang berambut panjang.-Foto THE STAR oleh RAHMAN SENIN
Sabhi tertarik pada gadis yang berambut panjang.-Foto THE STAR oleh RAHMAN SENIN

SABHI Saddi atau Boy merupakan penyanyi yang boleh menari.

Lagu pertamanya berjudul Sayang Giler popular pada tahun 2006 kerana dijadikan lagu tema filem Cicakman, yang dilakonan oleh Saiful Apek.

Jejaka kacak ini juga baru mengeluarkan single pertamanya, Gemerlapan yang berunsurkan genre pop balada. Liriknya ditulis oleh Omar.K .

Anak kelahiran Sandakan ini pada mulanya berjinak-jinak dalam bidang tarian sebelum meceburi bidang nyanyian.

“Saya mula menari empat tahun yang lalu dengan menyertai kelas tarian di sebuah studio di Sabah,” kata Sabhi yang pandai menari tarian hip hop, ballroom dan pelbagai jenis tarian moden.

Sabhi yang berdarah kacukan Pakistan (sebelah ibu) dan Sungai (sebelah ayah) berkata dia belum ada buah hati.

“Saya masih single lagi dan tertarik pada gadis yang berambut panjang. Si dia juga mestilah memiliki sepasang mata yang menarik.

“Namun apa yang lebih penting adalah dia mesti memahami saya dan terima saya seadanya,” kata penyanyi ini sambil tersenyum dalam satu temu bual bersamanya di Merana Star Rabu lalu.

Kini, jejaka ini sibuk dengan single ketiganya tetapi enggan menyatakan tajuk lagu tersebut.

“Saya tidak ingin bercakap mengenai lagu terbaru saya memandangkan single saya baru dimainkan di stesen-stesen radio tempatan,” jelas penyanyi itu lagi.

Lagu ketiganya itu dijadualkan akan keluar awal tahun depan.

Sementara itu, Sabhi mendakwa kehidupan sebagai anak seni memang mencabar lebih-lebih lagi pada masa kegawatan ekonomi.

“Sebab itulah saya tidak berani mengeluarkan album yang memerlukan kos yang banyak,” tambah anak seni ini dengan nada yang sedih.

Penyanyi ini akui agak sukar baginya untuk membawa genre pop balada tetapi Sabhi mengembangkan bakat yang ada pada diri dengan mengikuti kelas vokal secara sambilan.

“Saya juga akan berlatih sendiri di rumah untuk memantapkan vokal saya,” kata penyanyi yang terlibat dalam bidang nyanyian dan tarian sepenuh masa.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan