Memey-Norman tak kisah dikatakan macam belangkas

Diterbitkan: Sabtu, 7 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PASANGAN ini sering digosipkan 'macam belangkas'. Cakaplah apa saja. Gosip-gosip seperti ini tidak akan menghalang pelakon Memey Suhaiza Suhaimi keluar bersama Mohamed Nurhakim Zaidon atau lebih dikenali sebagai Norman Hakim.

Memey akui menghadapi segala gosip yang dilemparkan secara positif.

"Saya pandang dari sudut positif. Jangan kita pandang dari segi keburukan semata-mata. Kami tahu apa yang kami mahukan dalam perhubungan ini.

"Jadi saya tidak ambil kira pandangan serta tuduhan orang lain sehingga mengganggu silaturahim antara kami," kata Memey yang ditemui selepas menghadiri perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pagi semalam.

Memey dan Norman Hakim atau nama sebenar Mohamed Norhakim Zaidon, 33, terlibat dalam perbicaraan kes khalwat bersama yang didakwa berlaku di pejabat beralamat 4-1A, Jalan UP 1/2 Taman Ukay Perdana, Hulu Klang, jam antara 1.45 pagi hingga 3 pagi, pada 30 Oktober 2008.

Memey mengakui segala gosip yang datang tidak akan merenggangkan perhubungannya dengan Norman.

"Kita ambil yang baik sahaja, yang tak baik kita abaikan," tutur pengacara 'Diari Anak Seni' ini dengan lemah-lembut. Selain terlibat dalam pengacaraan, Memey pernah membintangi filem Dimensi Cinta dan drama termasuk Elit, Pasrah, Lara Rindu Mahsuri, Roda-Roda Kuala Lumpur, Mabuk Estrogen, Dunia Baru 3 dan Farah Syakirah.

"Kami akui kami menang rapat. Malah perhubungan kami semakin rapat sehingga sekarang. Kami saling membantu dalam kerjaya kami. Dari situ timbullah keserasian antara kami," katanya yang tidak berasa tertekan dengan gosip yang datang.

Kata Memey, kedua-dua pihak keluarga juga turut serasi menjalinkan perhubungan.

"Saya juga baik dengan anak-anaknya. Kami selalu berjumpa dan bersiar-siar bersama dan ini sudah jadi macam rutin," ujar Memey yang kini terlibat dalam penggambaran drama 'Cinta Balqis' untuk slot Akasia dan Bila Musang Berjanggut (slot Lagenda).

Mengenai harapan terhadap keputusan kes mahkamah nanti, Memey berharap ia berakhir dengan cepat.

"Itulah yang saya harapkan setiap kali saya hadir ke mahkamah. Saya redha dengan apa-apa keputusan juga," katanya.

Memey bersyukur rezekinya tak tersekat walaupun masih terlibat dalam perbicaraan kes khalwat.

Sementara itu, Norman turut sudah lali dengan gosip macam belangkas. Ianya pasti reda jua.

"Memang saya akui saya dan Memey sangat rapat. Ini kerana kami sentiasa bekerjasama dalam kerjaya kami.

"Semua ini persepsi orang sahaja," kata Norman yang sibuk dengan penggambaran drama 'Senja Permai' sebanyak 68 episod untuk slot Astro Ria dan drama 'Sarah Dua' terbitan Suhan Move utuk slot RTM.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan