Jennifer Hudson- Ibu saya sentiasa berada disisi

Diterbitkan: Sabtu, 7 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

AKTRES Jennifer Hudson masih merasai kehadiran ibunya disisi walaupun dia telah mati ditembak pada tahun lepas.

Pelakon filem ‘Dreamgirls’ berkata ibunya, Darnell bagaikan malaikat yang melindungi dan memberi tunjuk ajar kepadanya.

“Ya saya dapat merasai kehadirannya dimana-mana saya berada.

“Saya tidak menyedari persamaan di antara kami sehingga ibu saya telah pergi buat selama-lamanya,” kata Jennifer yang menggambarkan ibunya sebagai seorang wanita yang sangat tabah.

Hati Jennifer hancur berkecai apabila ibu serta adiknya temui mati di rumah mereka yang terletak di Chicago pada bulan Oktober, tahun lepas.

Tiga hari selepas kejadian itu, sepupunya yang berumur tujuh tahun pula ditemui mati dalam sebuah kereta lama.

Setelah berkabung selama tiga bulan selepas insiden itu, Jennifer kembali semula ke dunia lakonan.

Pelakon itu mendakwa yang ajaran Kristian banyak membantunya untuk melalui hari-hari sukar selepas kematian mereka bertiga.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan