In Heart muncul dengan album pertama berjudul Sakura

Diterbitkan: Sabtu, 7 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IN HEART merupakan antara kumpulan nasyid yang menyertai rancangan realiti musim pertama Akademi Nasyid.

Walaupun tidak mejuarai pertandingan yang disiarkan dalam TV 9, mereka kini sudah mula dikenali ramai dan banyak mendapat tawaran untuk membuat persembahan.

Kumpulan In Heart terdiri daripada lima orang ahli iaitu Mohd Firdaus (Pitok), Khairul Rizam (Khairul), Ruzman Shah (Man ), Mohd Hafiz (Hafiz) dan Mohd Khairi (Khairi).

Mereka pada mulanya tidak menyangka yang akan terpilih untuk meyertai rancangan tersebut.

“Kami sangat teruja apabila dipilih meyertai pertandingan itu yang merupakan batu loncatan kepada kami untuk mengembangkan bakat dan minat kami dalam bidang seni ,” kata Khairul dalam satu temu bual di Merana Star pada hari Rabu yang lalu.

Hanya tiga daripada ahli kumpulan tersebut hadir pada sesi temu bual tersebut iaitu Firdaus, Khairul dan Hafiz.

Keputusan pertandingan nasyid itu berdasarkan 50% permarkahan juri manakala 50% lagi diundi oleh penonton dirumah. Kumpulan In Heart berjaya sampai ke peringkat separuh akhir.

Menurut Khairul lagi, mereka berlima membentuk kumpulan In Heart lima tahun yang lalu semasa masih menuntut di International Islamic College.

“Ketika itu, kolej kami mencari wakil untuk pertandingan nasyid dan pada masa itulah kumpulan kami ditubuhkan,” jelas Khairul.

Album pertama mereka yang berjudul Sakura berkonsepkan ‘Fusion Balada’.

“Kami menjangkakan lagu Sakura akan menjadi popular,” kata Khairul .

Mereka yang baru pulang dari Singapura untuk mempromosikan album mereka berkata album mereka mendapat sambutan daripada orang Cina dan India dari situ.

“Mereka menerima baik album Sakura dan stesen radio tempatan Singapura juga memainkan lagu ini,” kata Khairul.

Diantara lima ahli In Heart ini, hanya Rusman yang telah berpunya.

Buat masa ini, mereka berlima baru menghabiskan penggajian dan bercadang untuk melibatkan diri dalam bidang nyanyian sepenuh masa.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan