David Teo menerbitkan 10 filem tahun ini

Diterbitkan: Sabtu, 7 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DAVID Teo, Pengarah Urusan Metrowealth Movies Productions mencipta rekod kerana akan menerbitkan 10 buah filem pada tahun ini.

“Pencapaian ini sekaligus menolak pendapat segelintir pihak yang mengatakan industri perfileman negara tidak dapat mengeluarkan lebih daripada sepuluh buah filem dalam satu tahun,” kata David sebelum tayangan perdana ‘Senario The Movie Episode 2: Beach Boys’ pada hari Selasa yang lalu.

Filem terbaru terbitan syarikat Metrowealth itu akan ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 19 November ini.

Menurut David Teo, kos keseluruhan filem itu mencecah 1.8 juta dan berharap dapat mengaut keuntungan yang sama dengan filem Senario yang pertama iaitu RM 4.5 juta.

Antara filem-filem terbitan Metrowealth (MIG) yang bakal ditayangkan pada 10 Disember ini adalah Santau.

Filem-filem yang akan ditayangkan tidak lama lagi adalah Adnan Sempit, V3, Samseng Jalanan, Zoo, dan Semerah Cinta Stilleto.

Manakala antara filem-filem yang diterbitkan oleh syarikatnya pada tahun ini ialah Jangan Tegur, Syurga Cinta dan Jangan Pandang Belakang Congkak.

Setelah melibatkan diri selama sembilan tahun dalam bidang penerbitan, David telah menghasilkan lebih daripada 37 buah filem.

“Kami akan mengeluarkan 15 buah filem pada tahun 2010. Walaupun jumlah filem yang diterbitkan semakin banyak, kualiti tetap diutamakan,” jelas David lagi.

Penerbit jutawan itu juga kini memberi kepercayaan kepada pengarah-pengarah muda untuk mengarah filem.

“Saya memilih pengarah-pengarah muda diatas nasihat kawan saya Ahmad Idham. Jika saya berasa seseorang pengarah itu berkebolehan, saya akan memberi kepercayaan kepadanya untuk mengarah drama dahulu,” jelas David dalam satu temu bual bersamanya Selasa lepas.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi pengarah, di bawah syarikat Metrowealth (MIG), dia mesti memiliki kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh David dan tidak semestinya memilki kelayakan dari segi akademik.

Seseorang itu mestilah jujur dan ikhlas, boleh menerima teguran, harus rendah diri, tidak sombong, rajin, berminat dalam bidang pengarahan.

Sementara itu, terdapat dua buah filem arahan pengarah-pengarah muda yang bernaung dibawah syarikatnya, terpaksa difilemkan semula sehingga David berpuas hati dengan hasilnya.

Selain itu, syarikat Metrowealth telah menandatangani kontrak untuk hanya setakat filem Senario yang ketiga.

“Syarikat saya akan terus menerbit filem-filem Senario akan datang kalau filem-filem Senario terus mendapat sambutan,” akhiri David.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan