Amitabh Bachchan-Kos penerbitan filem ‘Paa’ kurang 150 juta ruppee

Diterbitkan: Sabtu, 7 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

AMITABH telah berjaya menerbitkan filem terbarunya ‘Paa’ dengan hanya berbelanja sebanyak 147.5 juta ruppee.

‘Paa’ mengisahkan seorang kanak-kanak yang mengalami penyakit progeria-satu penyakit ganjil yang dimana seseorang kanak-kanak yang menjadi tua ketika mereka muda.

“Kami memulakan penggambaran untuk filem ini dengan perancangan yang betul dan berjaya mengeluarkan filem itu mengikut buget yang ditetapkan iaitu 15 juta ruppee,” menurut Amitabh dalam blognya blog bigb.bigadda.com.

Dalam filem ini, Amitabh memainkan watak anak yang sakit itu, manakala anaknya sendiri Abhishek Bachchan akan melakonkan watak ayah dalam filem tersebut.

Sementara itu, beberapa juru solek antarabangsa telah diupah untuk mendandan Amitabh untuk filem ini.

Pelakon vetaran berumur 67 tahun menambah dalam blognya yang beliau hairan kenapa penerbit-penerbit lain membelanjakan hampir tiga atau empat kali lebih wang daripada wang yang dibelanjakan olehnya untuk menerbitkan filem.

“Penerbit-penerbit juga harus memastikan yang mereka dapat mengaut sekurang-kurangnya dua kali kos pembikinan filem mereka.

“Mereka juga mesti mengambil kira kos untuk mengiklankan filem tersebut,” jelas Amitabh ,” ujar Amitabh.

Pelakon itu menerbitkan filem ‘Paa’ menerusi syarikat penerbitannya yang diberi nama AB Corp.

Sebelum ini, dua daripada filem yang diterbitkan oleh syarikatnya iaitu ’Tere Mere Sapne’ dan ‘Mrityudaata' mengalami kerugian.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan