Keluarga tak galakkan Almy-Fizz selalu berjumpa

Diterbitkan: Jumaat, 6 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Almy dan Fizz berjumpa di sidang media Anugerah Skrin 2009 selepas dua minggu tidak berjumpa. -foto mStar oleh SITI AZIRA
Almy dan Fizz berjumpa di sidang media Anugerah Skrin 2009 selepas dua minggu tidak berjumpa. -foto mStar oleh SITI AZIRA

SEJAK timbulnya gosip perpisahan antara Fizz Fairuz dan Almy Nadia, pasangan kekasih dan pelakon ini sering dilihat jarang bersama.

Almy mengaku gosip itu yang menyebabkan keluarga melarangnya daripada bergambar dan menjaja kisah cinta mereka.

Ketika mengusik Almy tentang bila nak kahwin, balasnya, ‘kalau nak tahu tanya dia (Fizz)’ sambil menuding jari ke arah kekasihnya itu.

Pasangan ini jarang berjumpa dan pertemuan mereka di majlis sidang media Anugerah Skrin (ASK) 2009 di Bandar Sunway baru-baru ini selepas dua minggu tidak berjumpa.

“Kami tak janji datang sekali. Saya datang pun setelah mendapat tahu daripada pihak MIG dan Lisa Surihani menghubungi saya menerusi SMS.

“Kami jarang berjumpa sebab masing-masing sibuk dengan kerja. Jadi, hanya panggilan telefon dan SMS yang mengekalkan hubungan kami. Yang paling penting, saling percaya antara satu sama lain.

“Kalau berjumpa dalam satu majlis, ikutkan keluarga saya tak galakkan untuk kami mengambil gambar bersama tetapi kali ini kami terpaksa juga atas kehendak media.

“Bukan apa, mereka bimbang hubungan kami tak jadi kalau terlalu menunjuk sangat,” kata Almy yang gembira dengan pencalonan beberapa drama dan filem lakonannya dalam ASK 2009.

Antaranya adalah drama ‘Jangan Pandang Belakang’, ‘Mertua Vs Menantu’ dan filem ‘Rasukan Ablasa’.

Mengenai perkembangan kariernya sekarang, Almy berkata dia sedang menjalani pengambaran drama ‘Hati Lia’ untuk RTM.

Sepanjang temubual berlangsung, Fizz selalu menimbulkan suasana ceria dengan lawak jenaka bersahajanya.

Mungkin ciri-ciri humor yang berada dalam diri Fizz membuatkan Almy selesa dan kekal berdampingan dengannya.

Sementara itu, ditanya mengenai cabaran mereka sepanjang menjalinkan hubungan selama tiga tahun ini, Fizz menjawab ringkas, ‘tiada yang menguji kami tetapi gaduh-gaduh biasa tu adalah’.

Menyentuh tentang soalan ‘cepu emas’ iaitu bila dia akan menyunting Almy sebagai permaisuri hatinya, pelakon yang sedang popular menerusi drama ‘Nur Kasih’ itu tidak mampu memberikan jawapannya.

“Saya tak tahu bila sebab sekarang ini saya mahu memberikan peluang kepadanya untuk menceburi bidang ini sepuas-puasnya. Lagipun, dia masih pendatang baru dalam industri ini,” katanya yang turut meraih tiga pencalonan menerusi drama ‘Kekasihku Seru’, ‘Sama Tapi Tak Serupa’ dan ‘43424’.

Fizz pula sedang sibuk menyelesaikan pengambaran drama ‘Sonata Labu Labi’ arahan pengarah dan pelakon Adlin Aman Ramli.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan