Fiqa berjaya pikat penonton Gadis Melayu 2

Diterbitkan: Jumaat, 6 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Fiqa menerima hadiah daripada Tuanku Sultanah Hajjah Haminah Hamidun. -foto TV9
Fiqa menerima hadiah daripada Tuanku Sultanah Hajjah Haminah Hamidun. -foto TV9

GADIS Melayu musim kedua semalam menobatkan Fiqa atau nama sebenarnya Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin, 20, sebagai juara program realiti itu di Auditorium Dewan Bahasa & Pustaka Kuala Lumpur.

Kemenangan gadis tunggal bertudung itu sekaligus mengenepikan empat finalis lain iaitu Shazfinaz Hashim (Finas), Hazlin Hussain (Lyn), Nadiah Adrianna Mohd Akbar (Nadia) dan Putri Noor Nawal Ramlan (Putri).

Fiqa berjaya membawa hadiah wang tunai RM10,000, diikat kontrak selamat setahun bersama TV9 sekaligus diangkat sebagai Gadis Safi Balqis dan membawa pulang wang tunai RM3,000 beserta hadiah iringan.

Program yang dihoskan oleh pasangan suami isteri Adlin Aman Ramli dan Emelda Rosmila itu turut menobatkan Finas, 26, sebagai Gadis Bijaksana sekaligus membawa pulang wang tunai RM2,000.

Sementara tiga finalis lain hanya menerima hadiah wang tunai RM1,000 setiap seorang termasuk wang tunai.

Keputusan ditentukan melalui undian SMS sebanyak 50 peratus dan juri profesional sebanyak 50 peratus iaitu Nurfarahin Jamsari, pengarang majalah Cosmopolitan Izza Safinaz Ibrahim, pengarang hiburan Harian Metro Adam Salleh, Datin Seri Normala Shamsudin, Syafinaz Selamat dan Rosyam.

Peringkat akhir Gadis Melayu turut dihadiri oleh Tuanku Sultanah Hajjah Haminah Hamidun, Sultanah Kedah yang menyemarakkan lagi malam bersejarah rancangan realiti Gadis Melayu dalam menabalkan Ikon Gadis Melayu Musim Kedua ini.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan