Cheryl Cole bintangi 'Doctor Who'?

Diterbitkan: Jumaat, 6 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

CHERYL Cole mungkin memegang satu watak dalam rancangan televisyen 'Doctor Who'.

Bos-bos BBC difahamkan berminat untuk memilih Cheryl berlakon dalam rancangan fiksyen sains itu.

Menurut laporan media, mereka berminat untuk menawarkan peluang berlakon itu kepada penyanyi berusia 26 tahun.

"Kami berharap Cheryl dapat bersama kami menjayakan 'Doctor Who'," media memetik sumber sebagai berkata.

"Kami mempunyai beberapa peranan dalam kotak fikiran saya sekarang. Salah satu watak ialah maharani dan yang lain, orang jahat," tambah sumber itu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan