Astro menang Anugerah Pengerusi CASBAA 2009

Diterbitkan: Jumaat, 6 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Datuk Rohana Rozhan ketika menyampaikan ucapannya. -foto Astro
Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Datuk Rohana Rozhan ketika menyampaikan ucapannya. -foto Astro

ASTRO, penyiar utama siaran media pelbagai platform dan siaran TV berbayar satelit terus kepada rumah dihadiahkan Anugerah Pengerusi 2009 Cable and Satellite Broadcasting Association of Asia (CASBAA) di atas sumbangannya yang cemerlang kepada industri TV berbayar di rantau ini.

Dalam perutusan tahniahnya kepada Astro, Pengerusi CASBAA, Marcel Fenez berkata, “Saya amat gembira dapat bersama dalam pemilihan tahunan Anugerah Pengerusi CASBAA.

"Kami mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Astro dan Malaysia di atas kepimpinan pendapat dan sumbangan kepada peningkatan lanskap TV berbayar di rantau Asia Pasifik.

"Anugerah Pengerusi CASBAA 2009 ini diberikan kepada Astro di atas kemampuannya untuk mencapai pertumbuhan yang berterusan dalam tempoh 12 bulan yang lalu.”

Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Datuk Rohana Rozhan, berkata, “Kami amat gembira di atas pengiktirafan CASBAA terhadap prestasi cemerlang Astro di dalam pasaran TV berbayar di Asia Pasifik.

"Memandangkan keadaan ekonomi yang mencabar pada ketika ini, Astro amat prihatin dalam memberikan nilai yang baik kepada pelanggan-pelanggannya dengan melabur semula dalam usaha merangsang infrastruktur penyiaran dan perkhidmatan pelanggan kami serta meningkatkan perbelanjaan terutamanya dalam isi kandungan tempatan dan mengubah suai isi kandungan luar untuk pasaran tempatan.

"Kami amat gembira bahawa strategi kami terbukti berjaya mencapai hasil yang diharapkan dan ini diperkuatkan lagi dengan anugerah yang berprestij ini.

"Anugerah Pengerusi CASBAA ini lebih bermakna apabila Astro dan Malaysia dipilih oleh rakan penyiar media Asia Pasifik yang lain, membuktikan prestasi kami setanding dengan piawaian serantau. "Di Astro, kami beraspirasi untuk memperkayakan nilai kehidupan seharian rakyat Malaysia.

"Ini sejajar dengan matlamat kami untuk kekal relevan kepada keluarga, pengguna dan masyarakat di Malaysia pada keseluruhannya dalam penyebaran nilai baik kepada pelanggan kami menurut piawaian serantau.

"Dalam menghadapi masa depan, kami komited untuk terus berinovasi dalam penyampaian isi kandungan dan perkhidmatan kami.

"Anugerah Pengerusi CASBAA adalah bukti komitmen kami yang tidak berbelah bahagi dari kami di Astro untuk memberikan yang terbaik di peringkat global daripada segi isi kandungan dan perkhidmatan pelanggan kepada 2.8 juta pelanggan yang semakin berkembang di Malaysia dan Brunei.

"Kami dengan rasa rendah diri, berterima kasih kepada Majlis Gabenor CASBAA kerana memilih Astro sebagai pemenang pada tahun ini.” Anugerah Pengerusi ini ditentukan menerusi undian Majlis Gabenor CASBAA yang membuat pilihan untuk mengiktiraf individu atau syarikat yang telah memberikan sumbangan yang paling berkesan dalam sektor TV berbayar di Asia Pasifik dan disampaikan pada penutupan konvensyen CASBAA 2009 di Hong Kong.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan