Mariah hampir terjatuh dalam satu rancangan TV

Diterbitkan: Khamis, 5 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mariah Carey malu apabila hampir terjatuh kerana tersadung. -Foto AFP
Mariah Carey malu apabila hampir terjatuh kerana tersadung. -Foto AFP

MARIAH Carey malu apabila hampir terjatuh kerana tersandung dan hilang imbangan badan menerusi satu rancangan televisyen di Amerika.

Penyanyi itu muncul dalam rancangan yang bertajuk ‘The Jay Leno Show’ dengan memakai sehelai gaun hitam yang mendedahkan bahagian belakangnya.

Baju itu dipadankan dengan sepasang kasut bertumit tinggi yang mempunyai tali penggikat.

“Ketibaannya dalam set rancangan itu nyaris-nyaris berakhir dengan kemalangan apabila kaki Mariah terhuyang-hayang sebelum dapat mengimbangi dirinya semula. Mariah sempat tergelak diatas insiden itu.

“Saya sengaja buat macam hendak jatuh,” tambah penyanyi tersebut kepada Jay Leno yang juga merupakan hos untuk rancangan itu.

Selepas rancangan itu, Jay Leno mengiringi penyanyi itu untuk keluar dari set itu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan