Lisdawati-Fauzi dapat bayi perempuan Nur Aina Fazneesya

Diterbitkan: Khamis, 5 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelakon dan model Lisdawati telah selamat melahirkan bayi perempuan, Nur Aina Fazneesya pada pukul 2.40 petang tadi di Hospital Islam Kampung Baru, di sini.

Lisdawati atau Lis melahirkan bayi seberat 3.2 kg itu secara normal.

Menurut suaminya, pelakon Fauzi Nawawi, bayi dan Lis berada dalam keadaan sihat dan stabil.

"Syukur alhamdulillah, Lis sudah selamat melahirkan anak kami. Dia sepatutnya bersalin pada semalam.

"Doktor kata kalau dia tak bersalin juga hari ini kemungkinan dia akan bersalin secara pembedahan," ujarnya ketika dihubungi.

Tambah Fauzi, dia pula yang lebih resah dan gelisah walaupun isterinya yang menjalani proses bersalin itu.

"Dalam tiga hingga empat hari ini memang saya tak cukup tidur sebab memikirkan hal ini.

"Saya bersyukur sebab saya sudah mempunyai empat orang anak perempuan yang cantik dan comel belaka," katanya yang tidak sabar untuk melihat anak-anaknya membesar di depan mata.

Mengenai maksud nama anak keenamnya itu, Fauzi berkata Nur bermaksud cahaya, Aina (Mata) manakala Fazneesya (kesempurnaan atau kebaikan).

Hasil perkahwinan mereka, Fauzi dan Lis mempunyai seorang lagi anak bernama Nur Aini Farhana berusia setahun enam bulan.

Sementara itu, Fauzi juga mempunyai empat orang anak menerusi perkahwinan pertamanya iaitu Nurul Hainil Fatihah, 14, Mohd Fariz Hazwan, 12, Nurul Hana Farisya, 10, dan Mohd Fikri Hakimi, 7.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan