Drew Barrymore nekad berlakon dalam Charlie’s Angel 3 - Berita Hiburan | mStar

Drew Barrymore nekad berlakon dalam Charlie’s Angel 3

Diterbitkan: Khamis, 5 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

AKTRES dan produser Drew Barrymore yang nekad berlakon dalam Charlie’s Angel 3, kecewa kerana rancangan untuk menerbitkan bahagian ketiga filem tertangguh.

“Saya akan berlakon dalam filem tersebut walupun saya terpaksa melakukannya diatas kerusi roda,” kata pelakon itu.

Dua episod pertama Charlie’s Angel mengaut keuntungan hampir 523 juta dollar dan berjaya mencapai tahap ‘box office.’

Awal tahun ini, Drew yang berumur 34 tahun itu pernah menyatakan hasratnya untuk menbintangi filem itu.

Drew sangat teruja apabila mengetahui kemungkinan besar episod ketiga filem Charlie’s Angels akan diterbitkan.

Tetapi nampaknya proses itu akan mengambil masa kerana pemilik hak milik filem tersebut iaitu Aaron Spelling telah meninggal dunia. “Terdapat banyak komplikasi untuk menerbitkan bahagian ketiga filem tersebut,”menurut satu sumber dari dalam.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan