Anugerah Yasmin Ahmad di ASK 2009 diwujudkan untuk iktiraf bakat-bakat baru

Diterbitkan: Khamis, 5 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Datuk Seri Farid Ridzuan ketika menghadiri sidang media Anugerah Skrin 2009 di Bandar Sunway, Selasa lalu. -Foto THE STAR oleh RICKY LAI
Datuk Seri Farid Ridzuan ketika menghadiri sidang media Anugerah Skrin 2009 di Bandar Sunway, Selasa lalu. -Foto THE STAR oleh RICKY LAI

ANUGERAH Videografi Terbaik dalam drama dan Anugerah Yasmin Ahmad diperkenalkan dalam Anugerah Skrin (ASK) 2009 yang akan berlangsung pada 4 Disember depan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan bersiaran secara 'live' menerusi TV3 mulai pukul 9 malam.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan, ASK membuat sedikit kelainan dari segi anugerah yang dipertandingkan pada tahun ini dengan memperkenalkan dua anugerah baru tersebut.

“Anugerah Videografi Terbaik bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada penggiat-penggiat seni videografi di samping memberi galakan kepada mereka untuk menghasilkan mutu kerja yang lebih baik dalam sesuatu produksi.

“Anugerah Yasmin Ahmad pula diperkenalkan dalam kategori Anugerah Khas Juri. Nama ini diambil sempena menghargai jasa arwah Yasmin Ahmad dalam sumbangannya menghasilkan konsep konsep filem yang berkualiti dan memperkenalkan bakat-bakat baru dalam filem terbitannya.

“Jadi, trofi ini akan dianugerahkan kepada bakat-bakat baru yang berpotensi untuk pergi lebih jauh dalam industri tempatan ini.

“Anugerah itu ditaja oleh Silky Girl kerana mereka pernah bekerjasama dengan arwah Yasmin,” katanya semasa sidang media Anugerah Skrin 2009 di Bandar Sunway, pada Selasa lalu.

Kedua-dua anugerah itu akan dipilih melalui juri profesional termasuk 22 kategori lain iaitu Drama Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik Drama, Pelakon Wanita Terbaik Drama, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama, Pengarah Terbaik Drama, Lakon TV Terbaik, Drama Rantaian Terbaik, Drama Komedi Terbaik.

Turut serta ialah Filem Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik Filem, Pelakon Wanita Terbaik Filem, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem, Pengarah Terbaik Filem, Lakon Layar Terbaik Filem.

Selain itu, kategori yang turut bertanding termasuklah Rancangan Dokumentari/ Majalah Terbaik, Rancangan Bual Bicara Terbaik, Rancangan Hiburan Terbaik, Rancangan Realiti Terbaik dan Laporan Khas/ Berita Terbaik.

Calon-calon yang dipertandingkan pula terdiri daripada terbitan yang telah ditayangkan di kaca TV dan pawagam sejak 1 Julai 2008 hingga 30 Jun 2009 selain pencalonan drama berdasarkan catatan jumlah penonton yang berjaya diraih mengikut kajian AGB Nielsen Media Research berdasarkan ‘genre’ masing-masing.

Untuk kategori drama, 17 buah drama rantaian dan lima drama komedi telah dicalonkan manakala sebanyak 22 filem tempatan layak dipertandingkan.

Antara telefilem yang layak bertanding seperti ‘Jalan Pintas Ke Neraka’, ‘Terlerai Takbir Kasih’, ‘Tersasar Di Jalan’, ‘Alah Cinta’, ‘Serunding Cik Kiah’, ‘Suara Dari Kubur’ dan ‘Halimah Jongang’.

Sementara filem pula seperti ‘I’m Not Single’, ‘Susuk’, ‘Kami The Movie’, ‘Senario The Movie: Episod 1’, ‘Budak Kelantan’, ‘Wayang’, ‘Selamat Pagi Cinta’, ‘Antoo Fighter’, ‘Losa & Faun’, ‘Cicakman 2: Planet Hitam’, ‘Histeria’, ‘Brainscan’, ‘Maut’, ‘Sifu & Tongga’, ‘Geng Pengembaran Bermula’, ‘Rasukan Ablasa’, ‘Jin Hutan’, ‘Talentime’, ‘Jangan Tegur’, ‘Bohsia...Jangan Pilih Jalan Hitam’, ‘Syurga Cinta’, dan ‘Jangan Pandang Belakang Congkak’.

Selain itu, Pantene yang telah tujuh kali menaja ASK akan membuat kelainan dengan menganjurkan pertandingan Anugerah Shine Pantene yang boleh diundi melalui SMS dengan membeli syampu Pantene yang mempunyai pelekat istimewa mulai 18 hingga 21 November ini.

Tema Hikayat Seribu Satu Malam

Menyentuh tentang konsep dan tema malam anugerah itu, Farid berkata ASK 2009 memilih tema Hikayat Seribu Satu Malam yang mengaitkan perjalanan penceritaan pada malam itu.

“ASK 2009 memilih konsep Arabian Night, iaitu kisah penceritaan 1001 malam yang menyaksikan kejayaan karyawan industri seni tanah air.

“Pada malam itu, akan tersingkaplah nama-nama da bakat-bakat dalam industri yang mungkin belum pernah dikenali namun berkat kesungguhan dan daya usaha,” tutur Farid.

Gandingan Fara dan Afdlin sebagai pengacara

Tambahnya, mereka memilih Fara Fauzana dan Afdlin Shauki untuk mengemudikan majlis penganugerahan ini.

“Kami tertarik dengan Afdlin sebab penglibatannya yang dikecapi sebagai pelakon dan pengarah terbaik dan penghormatan kepadanya.

“Selain itu, kami turut merasakan gandingan Afdlin dan Fafau (Fara) menjadikan majlis ini lebih berjaya lebih-lebih lagi Afdlin boleh memberikan nafas yang lebih menarik.

“Kami juga memilih mereka berdua atas permintaan orang ramai di laman web TV3,” jelasnya lagi.

Menyentuh tentang persembahan artis, ASK 2009 mengundang ramai penyanyi popular seperti Datuk Siti Nurhaliza, Misha Omar, Jamal Abdillah, Jaclyn Victor, Awie, Azlan & The Typewriter, Black Mentor, One Nation Emcees dan Tia Jinbara.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan