Nora Danish: Saya dah maafkan Fasha tapi perlukan masa untuk lupa

Diterbitkan: Rabu, 4 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nora Danish ketika majlis sidang media Anugerah Skrin 2009 semalam. -foto The Star oleh RICKY LAI
Nora Danish ketika majlis sidang media Anugerah Skrin 2009 semalam. -foto The Star oleh RICKY LAI

KINI sudah setahun aktres dan model Nora Danish bercerai dengan bekas suaminya, Rizal Ashram dan anak mereka, Putra Rayqal Ramli juga sudah masuk usia sembilan bulan.

Sebelum ini, kecoh mengatakan Fasha Sandha merupakan punca pasangan itu bercerai. Namun, Nora tetap mendiamkan diri apabila diburu rakan media.

Malah Fasha pula tidak mengakuinya sebaliknya mengatakan dia dan Rizal hanya kawan biasa.

Selepas itu, timbul pula cakap-cakap belakang mengatakan Nora dan Fasha sudah berperang besar setelah Nora tidak menyambut salam Fasha dalam satu majlis.

Entah di mana keberaniannya, mereka yang sudah lama tidak bertemu selepas kontroversi itu, akhirnya secara tak sengaja terserempak dan bersalaman di sebuah pusat membeli-belah.

Fasha pernah memaklumkan yang Nora sudah memaafkannya. Jadi, sebab itu dia tidak kisah untuk berlakon bersama Nora di dalam drama ‘Spa Qistina’ yang sedang menjalani penggambarannya sekarang.

Sementara itu, ditanya pula kepada Nora berhubung hal itu, dia berkata:

“Kami belum lagi berlakon bersama dalam drama ‘Spa Qistina’. Kalau ada nanti, saya akan hadapinya dengan tabah.

“Pasal isu sudah maafkan Fasha, memang saya dah maafkan dia secara perlahan-lahan tetapi sukar untuk saya lupakan apa yang dia sudah lakukan sebelum ini.

“Walaupun saya dah bercerai setahun lalu, tapi ‘sakit’ tu masih ada dan tidak mudah untuk dilupakan.”

Pelakon yang sedang popular menerusi drama ‘Sumpah Bunian’ ini turut mengaku yang dia menerima tawaran untuk berlakon ‘Spa Qistina’ kerana produsernya, Datin Zaiton Mohd Jiwa dari Global Station Sdn Bhd.

“Saya memang dah lama mengidam untuk berlakon di bawah terbitan Kak Zaiton lagipun saya juga menggemari jalan cerita ‘Spa Q’,” ujarnya yang juga baru pertama kali bekerja di bawah pihak Astro yang akan menyiarkan drama itu pada awal tahun depan.

Selain ‘Spa Qistina’, Nora juga bakal berlakon dalam sebuah filem terbitan Metrowealth (MIG).

“Saya bersyukur dengan rezeki lakonan yang mencurah-curah ini. Alhamdulillah, saya juga lebih bahagia dengan kehidupan baru sekarang.

“Saya lebih fokus dalam lakonan dan tidak perlu memikirkan lagi masalah kontroversi lalu,” luah pelakon drama bersiri ‘Puteri’ ini.

Dengan status ibu tunggal yang dipegang sekarang, pelakon kecil molek dan jelita ini tidak pernah menyesali akan apa yang berlaku dalam hidupnya sebaliknya menganggapnya sebagai suatu hikmah.

“Banyak perkara yang baik yang berlaku dalam hidup saya. Walaupun kami sudah bercerai, hubungan antara keluarga saya dan keluarga Rizal masih akrab.

“Nampak sahaja saya ini tidak bersuami tetapi ikutkan kehidupan saya lebih bermakna dengan kehadiran anak saya, Rayqal. Dia memang anugerah yang paling terindah buat saya,” ujarnya yang turut akui masih berhubung dengan Rizal kerana Rayqal.

Jelas terpancar sifat keibuan Nora yang seronok menceritakan perkembangan Rayqal yang baru belajar berjalan, bercakap dan merangkak.

Biarpun Nora masih menyayangi Rizal namun dia menafikan akan bernikah semula dengan bekas suaminya itu.

Ditanya pula mengenai pengganti Rizal, Nora turut menggeleng belum menjumpai calon yang sesuai untuk dijadikan sebagai suami.

“Saya belum bersedia untuk menerima sesiapa lagi setakat ini termasuk Rizal. Banyak perkara yang saya tak boleh lupa, jadi sebab itu saya mahu lebih berhati-hati pada masa akan datang,” katanya yang akan meninggalkan Rayqal bersama ibunya atau bekas ibu mertuanya jika keluar bekerja memandangkan dia sangat rapat dengan keluarga Rizal.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan