Maya, Aishah, Wardina berdiri teguh di belakang Dr Asri

Diterbitkan: Rabu, 4 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Bekas Mufti Perlis Dr. Mohd Asri Zainul Abidin bersama barisan peguam yang mewakili beliau hadir di Mahkamah Syariah Gombak Timur.
Bekas Mufti Perlis Dr. Mohd Asri Zainul Abidin bersama barisan peguam yang mewakili beliau hadir di Mahkamah Syariah Gombak Timur.

PENAHANAN bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bukan saja mendapat bantahan ahli politik dan NGO tetapi juga dari golongan artis.

Rata-rata mereka melahirkan rasa terkejut dan tidak menyangka pihak JAIS sanggup bertindak sejauh itu.

Insiden yang berlaku pada malam Ahad lalu meninggalkan satu titik hitam yang akan terpahat dalam lipatan sejarah.

Anggota kumpulan nasyid Rabbani, Mohd Asri Ubaidullah turut melahirkan RASA simpati di atas apa yang terjadi.

"Kami amat simpati dengan apa yang berlaku pada Dr Asri. Perkara itu tidak benar, tentu kami tidak setuju dengan tindakan yang diambil," kata Asri.

Selain Rabbani, selebriti seperti Wardina, Aishah, Maya Karin, Betty Banafe, beberapa kumpulan nasyid dan produser juga pengarah filem begitu prihatin dengan apa yang menimpa bekas Mufti Perlis itu.

Penyanyi Aishah tidak dapat membendung perasaan terkejutnya dengan berita penahanan Dr Asri.

"Tak habis-habis orang nak dengki. Tak tahu lah apa nak jadi...," kata penyanyi yang popular dengan lagu 'Janji Manismu' itu.

Dr Asri ketika dihubungi berkata, dia mengucapkan terima kasih kepada golongan artis yang banyak memberikan sokongan.

"Ada yang SMS, ada yang hubungi saya. Mereka harap saya bersabar hadapi fitnah ini ini. Kata mereka, ini semua kerja orang yang hasad dengki," kata tokoh agama yang juga pensyarah di USM itu.

Jelasnya lagi, ada seorang artis itu berkata..."Kalau mufti boleh dilayan begitu, apa tah lagi kami golongan artis."

Menurut Dr Asri, selain selebriti, dia juga mendapat sokongan dari beberapa persatuan wanita.

"Salah seorang dari mereka hairan kes nasional pun boleh ditangguhkan berjam-jam, inikan pula kes talak yang bertangguh bertahun-tahun lamanya," jelas Dr Asri.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan