Elton John dimasukkan ke wad hospital kerana jangkitan serius - Berita Hiburan | mStar

Elton John dimasukkan ke wad hospital kerana jangkitan serius

Diterbitkan: Selasa, 3 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Elton John beraksi semasa konsert
Elton John beraksi semasa konsert "The Red Piano" di Palau Sant Jordi, Barcelona pada 20 Oktober 2009. -Foto REUTERS

PENYANYI lagenda British, Elton John telah dimasukkan ke wad hospital keranan jangkitan kuman bakteria E.coli dan selesema.

John, 62, telah sakit sejak dua minggu lalu tetapi keadaannya bertambah mudarat.

Menurut laporan media, John dimasukkan ke sebuah hospital elit pada hari Jumaat untuk ujian.

Penyanyi itu menangguhkan tarikh persembahannya atas nasihat doktor.

John sepatutnya membuat persembahan dengan Billy Joel dalam tempoh dua minggu lagi.

Konsert 'Elton John-Billy Joel Face 2 Face' yang sepatutnya dijadualkan pada Rabu, 4 November, Sabtu (7 November) dan Selasa (10 November) telah ditangguhkan.

Penganjur-penganjur sedang mengenalpastikan tarikh konsert yang baru, menurut seorang jurucakap.

John telah dipasang dengan alat 'pacemaker' (penenteram degupan jantung) pada tahun 1999 selepas didiagnosiskan menghidapi degupan jantung yang tidak seragam.

Suatu ketika dulu, John difahamkan mempunyai masalah dengan alkohol dan dadah. Bagaimanapun, selepas itu, John mengekalkan kesihatan yang baik untuk kira-kira 20 tahun.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan