Dua anggota Pussycat Dolls tidak bertegur sapa

Diterbitkan: Selasa, 3 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nicole Scherzinger. -Foto AP
Nicole Scherzinger. -Foto AP

BEKAS anggota Pussycat Dolls, Nicole Scherzinger dan Kimberly Wyatt dikatakan tidak bertegur sapa sejak kumpulan itu berpecah.

Namun, Wyatt tidak langsung mengadu dan sebenarnya amat gembira sejak meninggalkan kumpulan tersebut.

"Saya tidak langsung bertemu Nicole. Saya masih berhubung dengan anggota-anggota lain tetapi tidak dengan Nicole. Saya ada menghantar beberapa e-mail kepadanya, tetapi saya tidak terima sebarang balasan pun," kata Wyatt.

Wyatt ketika ini adalah juri program realiti Got To Dance dan dia akui amat gembira tidak lagi dibayangi Scherzinger.

"Saya tidak pernah berpeluang untuk melakukan banyak aspek kreatif dulu tetapi sekarang saya seronok buat apa yang saya suka. Saya tidak tahu berapa lama kami akan 'berehat' atau kemungkinan untuk kembali semula," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan