Awal tak bayar PTPTN sebab lalai

Diterbitkan: Selasa, 3 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Awal Ashaari terlepas pandang tentang proses pembayaran pinjaman PTPTN. -Foto THE STAR oleh AZHAR MAHFOF
Awal Ashaari terlepas pandang tentang proses pembayaran pinjaman PTPTN. -Foto THE STAR oleh AZHAR MAHFOF

BARU-BARU ini, di ruangan gosip sebuah akhbar mengatakan pengacara dan pelakon Awal Ashaari merupakan antara artis yang disenarai hitamkan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kerana tidak menjelaskan hutang pinjamannya.

Ketika disoal berhubung isu tersebut, graduan Diploma Komunikasi di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam ini tanpa berselindung mengakuinya dengan alasan lalai.

Kini, hal itu sedang diuruskan oleh peguam dari PTPTN sebelum dia membayar jumlah keseluruhan pinjamannya itu termasuk faedah yang dikenakan.

“Saya bukan tiada duit dan tak nak bayar tetapi saya terlepas pandang tentang proses pembayaran pinjaman itu.

“Sebelum ini saya tak tahu bagaimana cara untuk membayarnya tambahan pula saya berpindah rumah dan langsung tidak mendapat apa-apa maklumat tentang PTPTN.

“Selepas sibuk bekerja, saya tidak sempat untuk membayarnya sehingga terlupa,” ujarnya sambil tersenyum.

Selepas cerita itu tersebar, Awal berkata dia disindir ketika di bilik solek sebelum mengacarakan ‘Debaran Sehati Berdansa’. “Tetapi saya kena berhadapan dengan situasi ini.”

“Ikutkan bukan saya seorang sahaja artis yang tidak membayar PTPTN tetapi ada ramai lagi tetapi cuma nama saya dan Fahrin yang disebut.

“Saya nasihatkan kepada peminjam PTPTN yang disenarai hitamkan supaya berjumpa dengan peguam dari PTPTN,” katanya.

Awal juga meminta maaf kepada pihak PTPTN atas kelewatannya menjelaskan pinjaman itu.

Gugup tak tergamak umum peserta tersingkir

Mengacara program secara langsung bukanlah tugasan baru bagi Awal.

Jejaka berusia 28 tahun ini pernah mengacarakan program realiti nyanyian ‘One In A Million’ di 8TV secara langsung di samping pengacara Marion Caunter selama tiga musim berturut-turut.

Namun tidak tahu di mana silapnya, Awal dilihat agak gugup ketika mengendalikan program realiti tarian ‘Debaran Sehati Berdansa’ yang mengumumkan keputusan peserta yang tersingkir pada minggu itu secara langsung di Astro Ria pada setiap Ahad, pukul 9 malam.

Selain Awal, pasangan pelakon, pengacara dan model Fahrin Ahmad dan Scha Al-Yahya diberi tugas mengacarakan ‘Malam Sehati Berdansa’ yang disiarkan pada Sabtu, pukul 9 malam di saluran yang sama.

Sehingga minggu kedua, Awal akui perasaan gugup itu masih terasa walaupun dia berpengalaman mengendalikan program secara langsung sebelum ini.

“Saya gugup bukan sebab terpaksa mengacara seorang diri tetapi tidak tergamak untuk melepaskan mereka (peserta) pergi.

“Dalam program Sehati Berdansa ini, kami ibarat satu keluarga. Jadi, apabila saya perlu mengumumkan keputusan itu lagi saya bimbang.

“Nama program ini pun, ‘Debaran Sehati Berdansa’, jadi debaran peserta tu seperti sampai kepada saya,” ujarnya yang turut mengacarakan ‘Kenali Sehati Berdansa’, ‘Detik Sehati Berdansa’, ‘Di sebalik Sehati Berdansa’ (setiap Khamis), dan ‘Memori Sehati Berdansa’ (peringkat akhir) yang dirakam terlebih dahulu.

Awal yang menafikan dirinya takut untuk mengendalikan program itu juga meluahkan yang dia belum berpuas hati dengan prestasinya sebagai pengacara selepas menggalas tanggungjawab itu sejak beberapa tahun lalu.

“Saya masih menggigil sebab mungkin ini antara simptom pengacara yang perlu mengumumkan keputusan ditambah pula semua orang akan tertekan untuk mendengarkan keputusan itu.

“Saya pula orang penting dalam program itu, jadi tekanan itu membuatkan keadaan lagi tegang,” jawab pengacara program ‘Beat TV’ ini.

Awal mengaku mulai pukul 12 tengah hari dia sudah terpacak di Astro untuk mengawal perasaan gemuruhnya kerana mengendalikan program ‘besar’ seperti itu.

Selepas ini, hos rancangan Rentak Bolly di Astro B4U ini akan cuba memperbetulkan kesilapannya dari masa ke semasa.

“Setiap minggu, kita akan membuat ‘post-mortem’ dan dari situ saya akan melihat kesilapan yang dilakukan dan cuba betulkannya.

“Bagi saya, bukan semua orang lahir terus pandai dan jadikan program ini untuk belajar lebih mendalam tentang selok-belok pengacaraan kerana saya belajar melalui pengalaman.

“Jadi, saya akan buktikan pada ‘show’ akan datang,” beritahu Awal yang turut mendapat undangan mengacarakan beberapa program lain termasuk di RTM.

Awal akan muncul menerusi slot Cerekarama, ‘Korban Kasih Marlisa’ yang akan disiarkan pada Hari Raya Haji di TV3.

Pelakon filem ‘I’m Not Single’, ‘Syurga Cinta’ dan ‘Maut’ ini juga berasa gembira dengan pencalonan tiga buah filem itu dalam Anugerah Skrin 2009.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan