Anang tidak suka publisiti sejak bercerai

Diterbitkan: Selasa, 3 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Anang tidak suka akan publisiti sejak dia bercerai dengan KD.
Anang tidak suka akan publisiti sejak dia bercerai dengan KD.

ANANG Hermansyah, bekas suami kepada penyanyi terkenal Indonesia Krisdayanti (KD) sememangnya tidak gemar akan publisiti.

Ini diakui oleh sahabatnya Elsie Lontoh, yang juga peguam kepada Anang dan KD.

"Dia akan naik angin bila sering diburu oleh pihak media," kata Elsie.

Kata Elsie, Anang memang tidak suka akan publisiti sejak dia bercerai dengan KD.

"Memang dari dulu Anang tidak mesra media. Saya rasa dia sudah cukup sabar, anak-anaknya juga terganggu," kata Elsie.

Mengenai cerita yang meyatakan Anang sudah ada pengganti KD, Elsie percaya yang Anang masih solo.

Sikap tidak suka akan publisiti membuat Anang marah-marah baru-baru bila jurugambar ingin merakam gambarnya.

Meskipun perceraian Anang-KD telah selesai, namun berita kedua mereka masih jadi buruan media.

Sejumlah wartawan cuba mendapatkan foto terbaru Anang namun komposer tersebut marah-marah ketika ada seorang juru kamera cuba mengambil gambarnya.

"Jangan ambil gambar. Nanti saya lempar...," kata Anang dengan emosi.

Melihat Anang marah-marah, juru kamera itu meminta izin secara baik namun Anang tetap emosional dan terus berlalu.

"Tolong jangan ye, saya sudah cakap baik-baik," kata Anang sambil berlalu.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan