Drama ‘Nur Kasih’ catat 28 juta penonton

Diterbitkan: Ahad, 1 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Datuk Seri Farid Ridzuan, Datuk  Amrin Awaluddin dan Ahmad Izham Omar ketika majlis pra-tonton 'Media Prima Screening 2010' pada Jumaat lalu. -foto The Star oleh NORAFIFI EHSAN
Datuk Seri Farid Ridzuan, Datuk Amrin Awaluddin dan Ahmad Izham Omar ketika majlis pra-tonton 'Media Prima Screening 2010' pada Jumaat lalu. -foto The Star oleh NORAFIFI EHSAN

DRAMA ‘Nur Kasih’ dibintangi oleh pelakon Tiz Zaqyah, Remy Ishak, Fizz Fairuz dan Ummi Nazeera kini telah melonjak bilangan penontonnya kepada 28 juta di laman sesawang dan 3 juta penonton yang menonton di TV3 manakala drama ‘Bio-Nik’ juga berjaya memperolehi 2.5 juta penonton setiap minggu di stesen TV itu.

Kejayaan yang dicatatkan itu memberikan perkembangan positif untuk menarik minat para penonton yang bukan sahaja di kaca televisyen malah melalui servis ‘Catch-up TV’ online di mana TV3 termasuk tiga stesen TV lain iaitu TV9, 8TV dan ntv7 yang bernaung di bawah rangkaian televisyen Media Prima Berhad telah meraih lebih 26 juta penonton video dan sehingga 85 juta melayari laman sesawang setiap bulan.

Seiring dengan perkembangan teknologi baru, Media Prima juga memuat dan menyiarkan program-program terpilih melalui telefon bimbit yang dimulakan dengan 8TV dan kini TV3.

“Kami mahu para penonton menjadikan rangkaian televisyen Media Prima Berhad sebagai platform TV utama di mana kami sentiasa berusaha menyajikan program-program tempatan ataupun antarabangsa yang menepati citarasa pelbagai umur dan genre melalui drama, filem, majalah, dokumentari, program realiti, berita dan hal ehwal semasa mahupun berbentuk animasi.

“Mesej kami ringkas, tidak kira apa jua sasaran pasaran dan penilaian penonton, empat rangkaian televisyen berjaya mengukuhkan kedudukan sebagai medium pilihan penonton, mengungguli ‘4+ share’ meliputi semua televisyen dengan 49 peratus,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan ketika majlis pra-tonton ‘Media Prima Network Screenings 2010’ pada Jumaat lalu.

Rangkaian televisyen Media Prima berjaya mendominasi segmen penonton Melayu dan juga kanak-kanak 4+ masing-masing dengan 55 peratus, apabila TV3 muncul sebagai stesen pilihan terunggul diikuti dengan stesen TV9.

Sementara gabungan mantap ntv7 dan 8TV sebagai rangkaian Cina nombor satu dan dua, dengan kadar penonton 21.5 peratus dan 18.9 peratus membuahkan hasil di luar jangkaan apabila kedua-dua stesen televisyen ini berjaya menarik perhatian penonton segmen pasaran ‘urban English’ yang berusia 15 hingga 29 tahun.

TV3 kekal sebagai pilihan utama

TV3 yang kini sedang menyambut ulang tahun ke-25 kekal sebagai pilihan utama dan stesen televisyen nombor satu Malaysia dengan mencatat 40 peratus penonton Melayu.

“Misi kami seterusnya adalah untuk mengukuhkan lagi jenama TV3 dan kandungan program yang mensasarkan semua bangsa, agama dan pegangan.

“Setelah suku abad bersiaran, TV3 kini merupakan ikon yang bukan sahaja membekalkan informasi dan ilmu pengetahuan malah sumber inspirasi untuk menghiburkan hati dan menyentuh jiwa seluruh rakyat Malaysia.

“Jika dilihat, program-program yang ditayangkan pada tahun ini ketika waktu siaran perdana mendapat sambutan yang cukup mengujakan,” ujar Farid.

Dengan menayangkan program-program seperti ‘Nur Kasih’ drama ‘mesti tonton’ sebanyak 26 episod setiap hari Jumaat pada Mei hingga November, ‘Keliwon’ di slot Seram, ‘Tari Tirana’ di slot Lestary, drama sains fiksyen, ‘Bio-Nik’ menerusi slot Aksi, tidak hairanlah strategi yang dilaksanakan TV3 telah berjaya menarik perhatian dan mendominasi khalayak besar penonton.

Slot-slot yang mula dikenali ramai ini akan terus memperkukuhkan kedudukannya dengan memperkenalkan drama-drama baru seperti ‘Asmara’ di slot Lestary, ‘Suraya’ dan ‘Nigina’ menerusi slot Samarenda manakala slot Seram akan membekalkan ‘Jangan Tegur Lagi’ dan ‘Iblis’.

TV3 juga akan terus menyiarkan ‘Anugerah Juara Lagu’, ‘Anugerah Bintang Popular’ dan ‘Anugerah Skrin’.

Sementara slot Senda Pagi akan menyiarkan program ‘Sarjan Saji’, ‘Hati Ke Hati’, ‘Seri’, ‘Kecik Ku Cak’ dan ‘Cerita Cinta’.

TV3 juga akan memperkenalkan pelbagai rancangan iaitu drama bersiri ‘Arjuna’ yang akan menggunakan teknik CGI yang berkisarkan zaman purba dan hikayat satria, ‘Kolej Mania’ (muzikal), ‘Gemilang’, ‘Soccer Kids 2’, K.E.S (Kes Enakmen Sensasi), ‘Dari Lapangan’ bersama wartawan penyiaran Karam Singh Walia dan ‘Mentor 4’.

Pelakon jelita yang pernah menjulang anugerah pelakon wanita terbaik Malaysia, Maya Karin akan menunjukkan kredibilitinya sebagai anak seni yang versatil dengan mengacarakan program majalah dokumentari, ‘Nona’ untuk tahun 2010 dan meneruskan program realiti ‘Malaysian Top Host’.

Program kanak-kanak juga disiarkan seperti ‘Kids News’, ‘Kochikame’, ‘Penguins of Madagascar’, ‘Ben 10 Evolutions’, dan ‘Transformers Animated’.

TV9 fokus khalayak muda Melayu

Walaupun baru ditubuhkan pada tahun 2006, TV9 dengan tagline ‘Di Hatiku’ berjaya menjadi stesen televisyen nombor dua pilihan penonton terutamanya di khalayak kanak-kanak.

Untuk memperkukuhkan lagi posisinya pada tahun 2010, TV9 akan terus memberikan tumpuan kepada khalayak muda Melayu tanpa melupakan penonton setia yang sememangnya sedia ada.

TV9 akan menumpukan kepada tiga strategi iaitu program realiti terbaru, hiburan dan drama.

Antaranya ‘Jaguh’, program realiti pertama di Malaysia mencari bakat pemain badminton; ‘Alahai Fafau’, program bual bicara hiburan yang dihoskan oleh Fara Fauzana; ‘Ting Tong’, program variasi keluarga sesuai untuk setiap lapisan umur; ‘i-style’ dan ‘Mangkuk Tingkat’, program realiti memasak unik di mana selebriti tempatan akan menyediakan dan menghidangkan juadah tengahari mengikut menu permintaan penonton.

Selain itu, penonton juga boleh menonton melalui saluran TV9 drama-drama menarik dan siri komedi seperti ‘Mantera’, ‘Berita Hangit’, ‘2x5’ dan ‘Londeh’ yang membariskan pelakon hebat dan penerbit terkenal seperti Afdlin Shauki, Nabil, Aziz M. Osman, Sharifah Shahira, Marsha dan Noraliah Lee.

Saksikan juga program-program terbaik yang kembali menemui penonton seperti ‘Akademi Polis’, Studio Nabil’, ‘Galaksi’, ‘Semanis Kurma’, ‘Gadis Melayu 3’, ‘Idola Kecil’, ‘Akademi Al-Quran’, ‘Spongebob’, ‘Wonder Pet’, ‘Gula Guli’, ‘Pondok-Pondok’, ‘Upin dan Ipin’.

8TV kekal bawa program terbaik Hollywood

8TV akan mengekalkan fokus utamanya membawakan program-program terbaik Hollywood yang pernah meraih anugerah dan popular seperti ‘Desperate Houswives’ ‘American Idol’, ‘Dollhouse’, ‘Criminal Minds’ , ‘Gossip Girl’, ‘Hannah Montana’, ‘Reaper’.

Termasuk juga program terbaru iaitu ‘The Vampire Diaries’, ‘Flash Forward’, ‘Past Life’, ‘NCIS LA’ dan ’10 Things I Hate About You’.

Program tempatan ‘urban’ termasuklah ‘Showdown 2010’, ‘Welcome To The Rail World’, ‘Without Boundaries’, ‘Whack It!’, ‘Kami 2’ dan ‘Butterfly S’.

Slot ‘Best of The East’ menyaksikan drama terbaru ‘Boys Over Flowers’, ‘Brilliant Legacy’, My Fair Lady’, ‘Style’, ‘No Limit’, ‘Heaven Sword Dragon Sabre’ dan ‘Pandamen’ manakala siri ‘Best of TVB’ seperti ‘The Ultimate Crime Fighter’, ‘A Journey Called Life’, The Silver Chamber of Sorrows’, ‘Wars of In-Laws II’ dan ‘Moonlight Resonance’ pada 2010.

Ba Dung Kong Jian Mandarin memaparkan drama seperti ‘Goodnight DJ 2’ dan ‘Will Of Luck’. Saksikan program realiti seperti Ultimate Power Group’, The Hot Chef’, ‘Talent Kids’, ‘Amusing Race’, ‘Step Forward’, ‘Go Go Go’, ‘Ho Chak!’, ‘8 E-News’ dan ‘8 Style’.

Sementara itu, penonton boleh mengikuti perkembangan dunia seni tanah air dan berhibur dalam ‘SHOUT! Awards’, ‘Summer Live Concert’, ‘The Grammy Awards’, ‘Teen Choice Awards’, MTV Movie Awards’ dan ‘American Music Awards’.

ntv7 junjung konsep 1Malaysia

ntv7 mensasarkan penonton Cina dengan menawarkan drama ‘Friends Forever’, ‘Glowing Embers’, ‘Glittering Days’, ‘Neighbourhood’, ‘Age of Glory 2’, ‘Steps’, ‘Forensic Heroes 2’ dan ‘Fathers & Sons’.

‘Saluran Ceria Anda’ ini juga kembali memaparkan program menarik berkonsepkan 1Malaysia seperti ‘Phua Chu Kang Sdn. Bhd.’, ‘Celebrity Karaoke’, dan ‘Hartamas’.

Selain itu, pelbagai program lain seperti ‘The Golden Awards’, ‘17th AIM’, ‘Oscars’, ‘Golden Globe Awards’, ‘Malaysia’s Most Inspirational’, ‘The Mentalist’, ‘Grey’s Anatomy’, ‘Private Practice’, ‘Fringe’, ‘American Gladiators’, ‘Ghost Adventures’, ‘Lie To Me’, ‘Eastwick’, ‘V’, ‘Glee’, ‘Drop Dead Diva’, ‘The Deep End’, ‘100 Questions’, ‘What Men Want’, ‘Crossings’, ‘Mr. Siao’s Mandarin Class’, ‘Finding Angles’, ‘Siasat Mandarin’, ‘e-7’, ‘Woman Zone’, ‘Shout Out Its Showtime’, ‘Doraemon’, ‘Crayon Shin Shan’, ‘Yo Gabba Gabba!’, ‘Hareport’, ‘Galactik Football’.

Rangkaian televisyen Media Prima akan terus berada dekat di hati penonton dengan menganjurkan projek istimewa dan aktiviti kemasyarakatan seperti ‘Karnival Jom Heboh’ & ‘School Attack (TV3), ‘ntv7 at The Mall and kids@fgw school visit’ (ntv7), ‘Youth Tour’ (8TV) dan ‘Apa Khabar Orang Kampung’ dan ‘Sua Rasa’ (TV9).

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan