'Segunung Harapan' papar usaha murni insan berhati mulia

Diterbitkan: Jumaat, 30 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Azim Mithani.
Azim Mithani.

SALURAN gaya hidup famili yang memenuhi citarasa penonton pelbagai peringkat usia, Astro Oasis (saluran 106) terus mendekati golongan sasaran dan mengorak langkah apabila julung-julung kalinya menghasilkan sebuah program realiti yang akan dibawakan bersama oleh Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) berjudul Segunung Harapan yang akan bersiaran pada setiap hari Jumaat, jam 9 malam bermula 8 November ini.

Menurut Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar, “Kami merasakan adalah tanggungjawab kami untuk memainkan peranan dalam menyampaikan nilai-nilai positif dari sudut kerohanian dan pengetahuan ilmiah di dalam program-program yang kami tawarkan di samping objektif utama untuk menghibur penonton.

“Berpegang kepada konsep inilah, kami berasa terpanggil untuk bekerjasama dengan Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN), untuk menghasilkan sebuah program yang dapat memupuk minda individu agar sentiasa berjiwa murni yang boleh memberi kesejahteraan kepada komuniti setempat seperti Segunung Harapan.

"Kami percaya kerjasama ini secara tidak langsung mampu menyedarkan masyarakat bahawa Islam menyanjung sikap dan sifat yang terpuji, hidup berkomuniti secara harmoni, yakni saling bantu-membantu tanpa mengira warna kulit, agama dan budaya.”

Salah satu objektif utama penerbitan Segunung Harapan ialah untuk menggalakkan perasaan saling bantu-membantu di antara komuniti, khususnya mereka yang kurang bernasib baik sejajar dengan konsep asas takaful iaitu berkongsi tanggungjawab, bekerjasama dan saling membantu untuk kepentingan bersama.

Ketua Pegawai Operasi PruBSN, Azim Mithani pula berkata, ”Ini adalah cara kami untuk berbakti kepada komuniti.

"Kami mahu menggunakan platform Segunung Harapan sebagai pemangkin perubahan dalam menghidupkan komuniti yang lebih harmoni dan membangun.

"Kami berharap sumbangan yang dihulurkan melalui program ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh komuniti itu tersendiri.

"Kami juga melihat inisiatif ini sebagai titik permulaan yang bakal menjadi ikutan ramai agar lebih prihatin terhadap persekitaran dan menghulurkan bantuan kepada pihak yang memerlukan.

"Ciri-ciri seperti tanggungjawab bersama, semangat kerjasama dan memupuk minat sejagat sememangnya merupakan konsep-konsep asas Takaful demi menyokong satu sama lain pada masaya yang memerlukan.

"Kami juga amat berbesar hati menjadi sebahagian daripada Segunung Harapan kerana konsep program ini adalah selari dengan pendirian yang dipegang oleh Prudential BSN Takaful.”

Sepuluh impian yang dipilih adalah berteraskan niat murni yang menjurus kepada perpaduan serta kesejahteraan komuniti dan ummah secara amnya.

Program realiti ini akan memaparkan 3 segmen utama iaitu ‘Catatan Kehidupan’ yang akan menyingkap kehidupan individu yang telah dipilih oleh panel-panel program.

Segmen kedua; ‘Menjejak Impian’ akan membawa penonton menyelami impian individu terpilih serta usaha-usaha yang telah dijalankan bagi memenuhi impian tersebut dan seterusnya pemaparan impian yang telah terlaksana melalui segmen ketiga; ‘Menggenggam Impian’.

Jangan lupa untuk menyaksikan program realiti sulung Astro Oasis (saluran 106), Segunung Harapan yang akan bersiaran pada setiap hari Jumaat, jam 9 malam, bermula pada 8 November ini.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan