'This Is It' bakal kutip RM4 trilion

Diterbitkan: Khamis, 29 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Seorang peminat Michael Jackson menunggu tayangan perdana dokumentari
Seorang peminat Michael Jackson menunggu tayangan perdana dokumentari "This Is It" di Los Angeles pada 27 Oktober 2009. Dokumentari itu merangkumi temuramah, raptai dan rakaman di belakang pentas tentang Michael Jackson semasa Raja Pop itu membuat persediaan untuk konsertnya di London. -Foto REUTERS

WALAUPUN sudah tiada, nama Michael Jackson masih boleh dijana untuk pulangan yang lumayan. Columbia Pictures bakal mengutip hampir RM 4 trilion dalam dua minggu dengan mengeksploitasi nama Jacko.

Tinggal empat hari lagi, panggung di bawah jenama Sony Corp itu akan mengedarkan filem 'This Is It'. Filem ini adalah bahagian dari episod terakhir setelah pemergian bintang pop itu. Sebelum ini, album dengan tajuk yang sama, sudaha diedarkan dan mendapat sambutan yang menggalakkan.

Sony Corp nampak tahu betul mengeksploitasikan perasaan sentimental para penggemar Jacko di seluruh dunia. Peminat Jacko sememangnya menyaksikan aksi terakhir idola mereka menyanyi dan menari di layar perak.

'This Is It' akan menjadikan Jacko sebagai bintang terhebat pada dekad 1980-an, dan hanya sedikit menyajikan Jacko sebagai korban paparazzi.

Sukar untuk membuat perbandingan 'This Is It' dengan filem-filem lainnya. Sebahagian adalah dokumen manakala sebahagian lagi konsert Jacko. Para pelaku industri perfilman menyebut 'This Is It' sebagai sesuatu yang unik.

Filem ini diproduksi dengan anggaran US$60 juta. Angka tersebut termasuk biaya untuk mengedar dan pemasaran. Ditambah dengan biaya pengedaran, 'This Is It' perlu mendapatkan penghasilan minimal US$100 juta sebelum dapat mengutip keuntungan.

Dan angka itu tidak sukar kerana dalam beberapa hari saja Columbia pasti akan meraihnya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan