Pangeran Penggoda singkap kisah cinta Bulan dan Tora

Diterbitkan: Khamis, 29 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DRAMA bersiri popular, Pangeran Penggoda, akan menemui penonton setiap Sabtu dan Ahad jam 10.30 pagi melalui saluran hip 8TV.

Pengeran Penggoda mengisahkan mengenai seorang remaja wanita yang bernama Bulan (lakonan Chelsea Olivia Wijaya), seorang gadis cantik yang baik hati jatuh cinta pada Alan (Glen Alinskie) yang belajar di kolej yang sama namun tidak berani meluahkan isi hatinya.

Ditambah dengan sikap Alan yang serius membuat Bulan takut untuk mendekati Alan. Atas sokongan Liana (Jesyca Parera) dan Viny (Risti Tagor) yang merupakan rakan baik Bulan, beliau memberanikan diri menulis surat cinta untuk Alan.

Malangnya surat tersebut jatuh ke tangan Tora (Mischa Chandrawinata) seorang pemuda yang nakal dan ditakuti ramai. Tora mengancam akan menyebarkan surat cinta itu kepada semua teman-teman di kolej jika Bulan tidak mahu menjadi anak buahnya.

Bulan terpaksa akur dan beliau harus menurut perintah Tora bermula dari menyiapkan kesemua kerja-kerja sekolah Tora sehingga terpaksa membelikan makanan untuk Tora.

Bulan yang tidak tahan dengan sikap Tora akhirnya memberanikan diri untuk meluahkan perasaannya kepada Alan. Ternyata Alan juga menyukai Bulan dan mereka akhirnya menjadi sepasang kekasih. Bulan kemudiaannya berusaha untuk keluar dari kumpulan Tora dengan sokongan dari Alan.

Sementara itu ibu Bulan; Ana (Maudy Wilhelmina) yang sudah lama menjanda dilamar oleh seorang lelaki kaya. Ana terpaksa ke luar kota atas urusan kerja dan telah menghantar Bulan ke rumah bakal suaminya sebagai penjaga sementara.

Bulan amat terkejut apabila mendapati bakal suami ibunya adalah bapa kepada Tora. Dengan berat hati Bulan terpaksa tinggal serumah dengan Tora. Tora yang terkenal dengan sikap nakalnya kerap mengganggu Bulan dan dari situlah timbul bibit-bibit mesra di antara mereka.

Berita tentang Bulan dan Tora yang tinggal serumah kini menjadi berita hangat di kampus dan hal itu membuatkan Alan cemburu. Hubungan Alan dan Bulan semakin renggang kerana mereka sering bertengkar dengan perkara yang remeh temeh.

Hubungan Bulan dan Tora semakin akrab namun sering mendapat halangan dari Wina (Chacha Frederica) yang merupakan teman baik Tora. Ternyata halangannya tidak berakhir di situ apabila nenek Tora – Eva juga kurang senang dengan hubungan yang terjalin di antara Tora dan Bulan. Eva kemudiannya merancang untuk menjodohkan Tora dan Tiara.

Di tengah-tengah kemelut cinta mereka, kekasih pertama Bulan – Angga muncul dan telah mendaftar di kolej yang sama dengan Bulan.

Bulan dan Tora berada di dalam dilema. Adakah mereka akan bersama sebagai kekasih atau bersatu sebagai saudara dan memilih pasangan masing-masing?

Apakah keputusan yang bakal dibuat oleh Bulan dan Tora? Semuanya terjawab dalam drama bersiri Pangeran Pennggoda yang sedang bersiaran di saluran hip anda, 8TV setiap Sabtu dan Ahad jam 10.30 pagi.

8TV juga boleh ditonton menerusi saluran 708 Astro anda.

Anda juga boleh menonton rancangan kegemaran anda melalui telefon bimbit dengan melayari www.mobile.8tv.com.my.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan