Neil Nitin peraga fesyen pakaian banduan penjara dengan gari

Diterbitkan: Khamis, 29 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mughda Godse (kiri) dan Neil Nitin Mukesh mengambil gambar semasa pelancaran filem
Mughda Godse (kiri) dan Neil Nitin Mukesh mengambil gambar semasa pelancaran filem "Jail" di Mumbai pada 3 Oktober 2009. Filem ini diarahkan oleh Madhur Bhandarkar dan dijadualkan ditayangkan pada 6 November 2009. -Foto REUTERS

DUNIA fesyen memang tidak mengenal sempadan apabila pakaian penjara pun turut tidak terkecuali diperagakan secara bergaya dan penuh artistik.

"Idea yang tidak kurang bagusnya," kata aktor Bollywood Neil Nitin Mukesh yang memperagakan fesyen pakaian penjara sambil tangannya bergari pada The Wills Lifestyle India Fashion Week (WIFW).

Aktor yang memegang watak sebagai banduan dalam filem 'Jail' memakai baju penjara rekaan Reynu Taandon.

Ditanya tentang perasaannya memakai baju banduan, kata Neil: "Ia nampak berbeza tetapi menarik. Idea memang baik untuk mendapatkan Reynu agar mereka bentuk semula pakaian untuk banduan."

Neil ditemani bintang-bintang yang digandingkan bersama seperti Mugdha Godse dan Manoj Bajpayee selain pengarah Madhur Bhandarkar semasa memperagakan fesyen 'luar biasa' itu.

Dalam filem 'Jail', Neil memegang watak seorang budak kelas pertengahan yang berkerja dalam sektor korporat dan kemudiannya dipenjarakan atas sebab tertentu.

Mugdha pula merupakan kekasih Neil dalam filem tersebut.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan