Bekas rocker Rolling Stones berhenti merokok kerana kesihatan

Diterbitkan: Khamis, 29 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Bill Wyman dan isterinya, Suzanne Accosta bergambar semasa satu gala di New York pada 5 September, 2001. -Foto AP
Bill Wyman dan isterinya, Suzanne Accosta bergambar semasa satu gala di New York pada 5 September, 2001. -Foto AP

BEKAS rocker Rolling Stones, Bill Wyman berhenti merokok kerana menghadapi masalah kesihatan yang serius selepas 55 tahun merokok.

Doktor menasihatkannya agar berhenti merokok atau bersedia menemui ajal sekiranya terus-menerus merokok.

Wyman ialah gitaris bass untuk kumpulan rock itu dari 1962 hingga 1992. Dia merupakan perokok tegar untuk beberapa dekad.

Satu perjumpaan dengan doktor baru-baru ini bagaimanapun menyedarkan Wyman tentang bahaya merokok.

Wyman berkata: "Doktor memberitahu saya: 'Jika anda terus merokok, anda akan menghidap emphysema (penyakit peparu).' Jadi saya fikir: 'Saya akan berhenti (merokok).' "

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan