Keluarga dakwa This Is It tampilkan 'pelakon', bukan MJ

Diterbitkan: Selasa, 27 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Keluarga Michael Jackson (MJ) mendakwa bahawa filem dokumentari, This Is It sebenarnya 'dilakonkan' oleh orang lain, bukannya menampilkan Raja Pop itu sendiri - foto AP
Keluarga Michael Jackson (MJ) mendakwa bahawa filem dokumentari, This Is It sebenarnya 'dilakonkan' oleh orang lain, bukannya menampilkan Raja Pop itu sendiri - foto AP

KELUARGA Michael Jackson (MJ) mendakwa bahawa filem dokumentari, This Is It sebenarnya 'dilakonkan' oleh orang lain, bukannya menampilkan Raja Pop itu sendiri.

Bapa MJ, Joe Jackson dan kakak penyanyi itu, La Toya menuduh Sony Pictures telah 'memperbodohkan' peminat-peminat MJ dengan menggunakan khidmat 'penyamar' yang mampu meniru gaya penghibur tersohor itu.

Joe yang telah menyaksikan This Is It selama 12 minit berkata: "Filem ini menampilkan 'orang' lain."

Rakan kongsi La Toya, Jeffre Phillips pula berkata: "Saya nampak banyak pergerakan menarik menerusi sedutan filem ini, tetapi saya tidak percaya kebanyakan babak it melibatkan Michael.

"Dia tidak begitu sihat. Saya melihat beberapa aksi yang membuatkan saya terfikir, 'ini bukan suara Michael'. Ini amat menyedihkan La Toya."

Promoter konsert Terry Harvey berkata: "Daripada apa yang saya lihat, Michael sebenarnya tidak menyanyi secara 'live' di dalam sebuah segmen penuh. Saya diberitahu dia mempunyai set susunan vokal di pentas, jadi jika dia tidak mahu menyanyi secara 'live', mereka akan tukar kepada pita tersebut."

Dalam pada itu, seorang peniru gaya MJ, Navi Parasram, 36, berkata, dia menolak tawaran untuk muncul di dalam filem itu.

"Mereka minta saya 'berlakon' untuk babak yang diambil dari jarak jauh dan visual."

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan