Hans: Kurang komitmen? Hanya AC Mizal yang boleh jawab!

Diterbitkan: Selasa, 27 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hans Isaac (Khai)Hans kini boleh tersenyum lebar kerana hasil kerja untuk teater yang baru dipentaskan minggu lepas memang membanggakan.
Hans Isaac (Khai)Hans kini boleh tersenyum lebar kerana hasil kerja untuk teater yang baru dipentaskan minggu lepas memang membanggakan.

TERNYATA eksekutif produser Hans Isaac cukup puas hati dengan sambutan hangat dari peminat 'Cuci The Musical'.

Setelah berhempas pulas selama 3 bulan dan memerah otak dan keringat untuk menentukan hala tuju teater ini sejak setahun yang lalu, Hans kini boleh tersenyum lebar kerana hasil kerja untuk teater yang baru dipentaskan minggu lepas memang membanggakan.

"Saya puas hati dengan produksi teater muzikal yang baru ini. Sambutan pada tiga malam pertama sememangnya menakjubkan. Saya benar-benar terharu dan tersentuh dengan respon yang diberikan peminat-peminat 'Cuci'. 'Standing ovation' yang diberikan membakar semangat team produksi kami.

"Walaupun penat tapi semuanya berbaloi bila melihat kepuasan di wajah penonton. Saya sendiri bersama team saya tidak dapat melahirkan kepuasan itu dalma bentuk kata-kata. Terima kasih kepada semua yang datang memberi sokongan kepada kami," jelas Hans yang membawa watak Khairuddin, silurus bendul dalam teater 'Cuci The Musical'.

Bagi memantapkan lagi jalan cerita 'Cuci The Musical', pengarah Zahim Al-Bakri dan Hans bersetuju memendekkan jalan cerita dengan 'membuang' 25 minit dari durasi asal.

"Kami peka dengan sensitiviti penonton. Kami mahu jalan ceritanya lebih padat, kemas dan tidak 'boring'...," kata Hans.

Antara reaksi positif yang diterimanya adalah kehadiran peminat-peminat yang datang dari selatan tanah air terutamanya dari Singapura.

"Ada yang datang dari Singapura semata-mata untuk melihat show kami. Saya amat teruja dan berbesar hati. Ada yang sampai tengok show kami tiga malam berturut-turut dan berjanji akan datang lagi. Ada yang berkata inilah produksi teater terbaik pernah ditonton mereka hinggakan mereka sendiri mempromosikan 'Cuci The Musical' di laman facebook tanpa disuruh.

Hans sendiri tidak menang tangan memastikan segala produksi berjalan lancar tanpa sebarang halangan. 'Chemistry' antara empat 'adik beradik'- Hans, Awie, Afdlin dan Ac Mizal yang membawa watak utama dalam teater ini membuat jalan cerita teater ini begitu meyakinkan.

Malah watak dua pelakon wanita juga saling melengkapkan. Ternyata, aktres Vanida Imran dan Adibah Nor berjaya memberi 'feel' mereka sendiri tanpa dibayangi aktres terdahulu, Erra Fazira dan Umie Aida.

Namun di sebalik kehebatan cerita 'Cuci The Musical' timbul juga cerita yang AC Mizal mempunyai masalah disiplin dan lewat datang berlatih hingga menganggu latihan.

"Soalan itu hanya AC Mizal saja yang layak menjawabnya. Sebagai produser, saya mesti menjaga nama baik dan brand 'Cuci' itu sendiri. Persembahan akan tetap diteruskan meskipun komitmen seorang saja pelakon yang tidak 'up to par.'

"Saya mempunyai pasukan pelakon yang cukup baik dan semua mereka boleh membawa apa saja watak yang diperlukan andai apa-apa terjadi," kata Hans yang pernah mengarah filem 'Cuci'sebelum ini.

Jelasnya lagi, "CUCI adalah satu brand dan ianya terhasil kerana kerja berpasukan. Ianya tidak fokus kepada seseorang saja."

Selepas teater 'Cuci The Musical' melabuh tirainya pada 8 November ini, Hans bercadang untuk berlibur bersama kawan-kawan dan familinya ke Bali.

"Saya harap dapat berehat sebelum memulakan tugas semula. Saya akan mengarah filem selepas itu. Tengoklah...ada dua buah filem dalam perancangan tapi saya belum pasti yang mana satu," kata jejaka yang masih bujang ini.

Dalam kesibukannya berkerja, dengar cerita dalam diam-diam hati Hans sudah terpaut dengan seorang gadis manis, yang turut menonton teater muzikal ini.

"Saya akui saya pergi dating juga, kalau ada kesempatan. Tapi sejak kebelakangan ini, memang ada beberapa nama yang dikaitkan dengan saya. Tapi saya belum memikirkan tentang perhubungan yang serius. Mungkin juga saya akan terfikir ke arah itu tak lama lagi....tengoklah macam mana.

"Tapi untuk masa ini, Afdlin dan Awie adalah MADU saya!," jelas Hans dalam jenaka.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan