Fazli Zainal 'diboikot' kerana terlalu lantang bersuara?

Diterbitkan: Selasa, 27 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pengalaman menyanyi di kelab malam selama 8 tahun banyak mengajar Fazli Zainal tentang asam garam hidup orang seni. -Foto THE STAR oleh SHAARI CHE MAT
Pengalaman menyanyi di kelab malam selama 8 tahun banyak mengajar Fazli Zainal tentang asam garam hidup orang seni. -Foto THE STAR oleh SHAARI CHE MAT

TAK tau di mana silapnya, tiba-tiba saja nama penyanyi Fazli Zainal seolah-olah 'tergelincir' dari nama penyanyi popular masa kini. Malah single keduanya 'Kalbu'ciptaan komposer Azlan Abu Hassan jarang sekali kedengaran di corong radio.

Ada yang kata, lagu itu tidak sehebat hit pertamanya 'Harapan'. Ada pula yang kata Fazli 'diboikot' kerana terlalu lantang bersuara dan mengkritik polisi sesetengah drama swasta.

Ketika ditemui di rumah terbuka selebriti 'kontroversi' Azwan Ali baru-baru ini, Fazli tidak menolak kemungkinan dia 'dihukum' kerana terlalu berani berkata benar.

"Mungkin juga sebab sesetengah stesen rasakan 'Kalbu' hampir serupa dengan karya-karya Azlan Abu Hassan sebelum ini seperti 'Izinku Pergi' (Kaer), 'Dingin' (Ziana Zain) dan 'Terlalu istimewa' (Adibah Nor).

"Mungkin juga lagu itu lebih relaks berbanding 'Harapan dan 'Sejuta Nafas Cinta' daripada alabum pertama atau mungkin sesetengah pihak radio 'memboikot' saya yang terlalu lantang bersuara tentang isu lagu Indonesia yang terlalu kerap ke udara dan mahukan dasar 90:10 dilaksanakan oleh kerajaan," jelas penyanyi berhemah ini.

Namun ketika ditanya adakah dia berkecil hati dengan sikap stesen radio swasta yang seolah-olah memandang dingin kepada lagu barunya, Fazli berkata dia pasrah.

"Lagipun bukan semua radio swasta yang tak support saya cuma mereka kurang putarkan lagu daripada single pertama saya yang menyebabkan peminat-peminat tertanya-tanya tentang lagu baru saya.

"Sebenarnya radio swasta masih menyokong saya dan memutarkan lagu 'Harapan' daripada album pertama. Jadi saya tak perlu berkecil hati," jelas Fazli yang berasal dari Kampung Melayu, Majidee, Johor ini.

Lagu 'Harapan' memberi banyak sinar harapan pada penyanyi berbakat besar ini. Kemerduan suaranya yang gemersik itu cukup sesuai menyanyi lagu hit dalam album pertamanya itu pada tahun 2006.

Album sulung Fazli itu turut dicalonkan dalam kategori Balada di Anugerah Juara Lagu ke-22 pada 2007.

Kata Fazli lagi, dia seorang yang 'straightforward' dan masih waras dalam pemikiran dan tindakan. Juga peka dengan sensitiviti umum.

"Sekiranya saya bukan seorang artis mainstream hari ini, saya tetap seorang penyanyi di hotel dan kelab eksklusif. Luahan perasaan tadi adalah suara hati saya dan ramai rakan-rakan artis yang senasib dengan saya malahan ada yang langsung lagu mereka tidak pernah diputarkan walaupun sudah ada beberapa album.

"Inilah kata orang, kera dihutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Ada sedikit rasa kecewa dengan sikap pilih kasih sesetengah stesen radio yang merasakan mereka lebih arif dalam muzik...."

Menurut Fazli, dia amat memahami situasi yang dialami sekarang, baik dirinya sendiri mahupun pihak radio swasta.

"Sebagai manusia, kita tidak boleh puaskan hati semua orang. Saya sendiri ada banyak kelemahan dan masih dalam proses memperbaiki diri sendiri dan cuba melayan peminat seperti kawan-kawan.

"Saya juga sering berkongsi perkembangan terbaru di facebook dan My Space. Komen-komen positif saya jadikan panduan dalam karier seni saya. falsafah saya, sayangi diri sendiri sebelum menyayangi orang lain. Jaga hati sendiri sebelum jaga hati orang lain," kata jejaka berusia 32 tahun ini.

Pengalaman menyanyi di kelab malam selama 8 tahun banyak mengajar Fazli tentang asam garam hidup orang seni.

"Saya biasa menyanyi pelbagai jenis genre muzik, lagu dan bahasa. Saya tak pernah mengklasifikasikan mengredkan diri saya kerana seni itu terlalu luas untuk dibincangkan.

"Setiap manusia punya selera dan citarasa berbeza. Tepuk dada, tanyalah selera...," kata Fazli yang akan sibuk mempromosikan lagu single keduanya 'Suara Hati' ciptaan Sharon Paul dan lirik oleh Ahmad Fitri Yahya.

Sebelum mengakhiri perbualan, anak muda yang bijak berfalsafah ini sempat melontarkan pandangannya secara peribadi, "Seorang anak seni boleh meruntunkan hati jutaan peminat dengan sebuah lagu. Namun jutaan peminat belum tentu dapat menghargai karya seni seorang anak seni."

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan