Keluarga MJ risau surat wasiatnya adalah palsu

Diterbitkan: Isnin, 26 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Salinan album CD keluaran Sony Music,
Salinan album CD keluaran Sony Music, "This is it," oleh Michael Jackson. -Foto AP

AHLI keluarga Michael Jackson (MJ) akui bimbang kemungkinan surat wasiat terakhir Raja Pop itu adalah palsu.

Keluarga MJ bersedia untuk berjuang bagi mendapatkan semula estet penyanyi itu bernilai 300 juta paun daripada pelaksana wasiat, yang mana ibunya Katherine telah memfailkan dokumen mendakwa surat wasiat yang bertarikh 7 Julai 2002, ditandatangani di Los Angeles adalah palsu kerana MJ ketika itu berada di New York.

Peguam Jackson mendakwa dokumen tersebut adalah sah dan saksi yang juga menulis 'Los Angeles' itu telah lupa dimana dia berada.

"Jika terbukti surat wasiat itu adalah palsu, ia perlu dianggap batal," kata sumber.

Tetapi jika surat wasiat itu tidak sah, wasiat terdahulu akan digunakan yang mana ibunya Katherine akan menerima 40 peratus dari hasil aset penyanyi itu manakala anak-anak MJ juga akan menerima 40 peratus. Selebihnya akan diserahkan kepada badan kebajikan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan