Saya amat meminati Kareena-Katrina Kaif - Berita Hiburan | mStar

Saya amat meminati Kareena-Katrina Kaif

Diterbitkan: Ahad, 25 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KATRINA Kaif amat meminati Kareena yang juga merupakan sahabatnya.

Menurut Katrina dalam satu temu bual baru-baru ini, ramai yang tidak tahu kedua-dua pelakon ini mengupah pengurus yang sama.

Katrina juga dikatakan sangat teruja apabila bercakap mengenai Kareena .

“Kareena merupakan seorang yang baik dan saya suka berkerja dengannya,” jelas Katrina.

Ada akhbar angin dalam industri mengenai perang diingin mereka tetapi dengan pengakuan terbuka Katrina mengenai hubungan mereka, jelaslah yang Katrina tidak mengendahkan semua itu.

Kareena Kapoor pada suatu masa dahulu digelar sebagai 'Ratu Bollywood' yang tiada tolok bandingnya.

Kehadiran Katrina Kaif dalam industri Bollywood memberi saingan kepada Kareena dari segi bayaran, penajaan dan jumlah filem yang dilakonkan.

“Apabila kami terserempak, Kareena bercakap dengan baik pada saya dan suka berada disampingnya.

“Saya juga amat menggagumi Kareena kerana dia adalah seorang pelakon hebat dalam industri Bollywood,” ujar Katrina lagi.

Berdasarkan kenyataan ini, perang diingin antara kedua-dua pelakon itu nampaknya sudah reda.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan