Anang akan bina resort guna nama '3 Diva'

Diterbitkan: Ahad, 25 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KD ketika melancarkan album terbarunya, 'Aku Wanita Biasa' semalam. -Foto The Star oleh UU BAN
KD ketika melancarkan album terbarunya, 'Aku Wanita Biasa' semalam. -Foto The Star oleh UU BAN

SETELAH rasmi bercerai dengan Krisdayanti (KD) pada hari Khamis lalu, Anang Hermansyah mengaku akan tetap bersikap profesional dalam membina hubungan kerja. Namun, sebagai seorang suami-isteri, hubungan itu telah tamat.

Menurut Anang, dalam waktu ini ia, dengan menggunakan label trio vokal Di3va (3 Diva), untuk meluaskan bisnesnya di Bali.

"Kalau untuk hubungan keluarga, kami sudah tidak ada hubungan lagi. Tapi kalau urusan bisnes, saya akan profesional. Dengan Di3va tidak ada masalah dan dalam waktu terdekat ini, akan keluar album baru," kata Anang.

Di Bali, kata Anang, nama Di3va yang terdiri dari Krisdayanti, Ruth Sahanaya, dan Titi DJ akan dijadikan nama sebuah vila.

"Saya ingin melabur untuk sebuah resort, namanya vila Di3va. Ini kerana nama itu menarik, sudah dikenal dan dekat dengan masyarakat," kata bekas suami Krisdayanti ini.

Selain itu, Anang juga ingin membangunkan sebuah studio di Bali.

Belum diketahui pasti bila pembangunan resort itu akan mulai dikerjakan. Namun, Anang punya gambaran bahawa interior dari vilanya nanti akan diserikan dengan dekor berkaitan dengan Di3va.

"Nanti di setiap lantainya ada ornamen khusus dari Di3va, Titi DJ, Ruth Sahanaya, dan Krisdayanti," kata Anang yang akan membangun resortnya itu di kawasan Legian, Bali, dekat monumen Bom Bali.

Anang juga merancang menetap di Bali bersama kedua anaknya, Auriel dan Azriel.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan