Amber Chia "berkorban" untuk kempen anti-zoo Peta

Diterbitkan: Ahad, 25 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

"Harimau seksi": Chia bergaya sebagai "harimau" pada satu sesi fotografi di Mutiara Damansara, semalam.

PETALING JAYA: Supermodel Amber Chia tidak keberatan untuk duduk tanpa bergerak selama tiga jam bagi membolehkan badannya diwarnakan dengan belang-belang harimau.

"Ini kali pertama badan saya diwarnakan tetapi ia okey," katanya selepas satu sesi foto bersama media di sebuah studio foto semalam.

"Ia memakan masa yang panjang, tetapi saya okey kerana ia adalah untuk tujuan amal."

Sesi fotografi itu dianjurkan oleh People for the Ethical Treatment of Animals (Peta) Asia Pacific.

"Imej harimau" Amber akan dipaparkan dalam satu iklan anti-pengurungan haiwan-haiwan untuk Peta. Foto-foto Amber itu akan membidangi poster dan suratkhabar di seluruh dunia pada awal tahun depan dalam kempen anti-zoo.

Amber akan bergaya dengan berlatarkan hutan dan juga dalam sangkar besi.

Beliau ialah selebriti Malaysia yang pertama diminta oleh Peta untuk membantu objektif mereka memboikot zoo-zoo.

Ashley Fruno, pengkempen senior untuk Peta berkata Amber dipilih kerana beliau menyayangi dan mempunyai sifat belas kasihan terhadap haiwan-haiwan.

"Haiwan-haiwan liar tinggal di hutan. Haiwan-haiwan yang hidup lama dan sihat tetapi mati di hutan tidaklah seburuk berbanding haiwan-haiwan yang menghabiskan keseluruhan hidup mereka dalam kurungan."

Fruno menambah, walaupun terdapat dakwaan bahawa zoo dapat mendidik orang ramai tentang haiwan-haiwan, Peta tetap menggesa orang ramai memboikot zoo kerana haiwan-haiwan dieksploitasikan untuk hiburan.

Kempen Peta tersebut menggesa orang ramai agar tidak berkunjung ke zoo kerana zoo tidak dapat menyediakan habitat semulajadi haiwan, kata Fruno.

Beliau juga memberitahu, walaupun zoo menjaga haiwan-haiwan, ia tetap tidak berupaya memberikan ruang yang diperlukan haiwan-haiwan itu.

Fruno telah melawat Zoo Negara pada September lalu. Pemerhatiannya mendapati haiwan-haiwan di zoo tertua negara ini hidup dalam ruang yang lama dan kecil.

Artikel tentang Zoo Negara boleh dilihat di laman web www.petaasiapacific.com.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan