Yusnita pemenang dua bentuk cincin emas putih Tomei

Diterbitkan: Sabtu, 24 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Dari kiri Dj Suria fm Bob Ringgo, Dj Lin, pemenang utama Yusnita Yusoff, wakil Tomei, dan Dj Naim.-Foto THE STAR oleh SHAARI CEMAT.
Dari kiri Dj Suria fm Bob Ringgo, Dj Lin, pemenang utama Yusnita Yusoff, wakil Tomei, dan Dj Naim.-Foto THE STAR oleh SHAARI CEMAT.

PETALING JAYA:SEBAIK diumum sebagai pemenang, pengurus restoran dari Subang Jaya Yusnita Yusof, melompat gembira dan hampir tidak percaya akan berita yang disampaikan oleh DJ Lin dari Suriafm.

Yusnita menjadi pemenang utama ‘Kuiz Senandung kasih Bersama Tomei’ anjuran bersama dan Tomei dan stesen radio Suria FM. Dia merupakan satu-satunya pemenang utama bagi kuiz yang dijalankan oleh stesen radio berkenaan dari 24 Ogos hingga 18 September.

Wanita kerjaya yang berusia 37 tahun itu turut mendapat baucer bernilai RM100 bersama 25 pemenang harian yang lain untuk kuiz yang sama.

Yusnita menerima dua bentuk cincin emas putih Tomei bernilai RM 1000 dari Eksekutif Kanan Perhubungan Awam dan Media Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau lebih dikenali sebagai Dj Lin dalam satu majlis yang diadakan di Kedai Emas Tomei di Sunway Pyramid hari ini.

Setiap hari, mulai 24 Ogos hingga 18 September 2009, satu kisah menarik mengenai sambutan Hari Raya "Cerita Raya Bersama Suriafm", telah dikongsi bersama pendengar Suriafm menerusi rancangan 'Suria Cinta' dalam segmen Surianova yang dikendalikan oleh Bob Ringgo dan Naim.

Yuslinda pada mulanya tidak menyangka tuah yang datang bergolek. Sangkanya dia dipermainkan oleh rakan-rakannya.

"Saya kemudiannya sedar bahawa pemanggil itu adalah Dj Lin yang memaklumkan saya terpilih sebagai pemenang utama kuiz tersebut.

"Saya bercadang untuk menghadiahkan salah satu cincin itu kepada ibu saya dan akan menyimpan satu lagi untuk diri saya," kata pemenang yang berasal dari Alor Setar, Kedah ini selepas majlis penyampaian hadiah.

Sebanyak 1000 peryertaan telah diterima menerusi online dan SMS untuk kuiz tersebut.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan